Tuesday 20 March 2012

jujur itu xpenting

kejujuran itu kadang2 akan memakan diri sendiri.. walaupun anda berkata jujur untuk membuat sesuatu yang dianggap baik, tapi, anda akan dikondem sepenuhnya sehinggakan anda merasakan alangkah baiknaya kalau aku menipu...

patutlah ramai penipu di dunia ini.. mereka menipu untuk menyelamatkan diri.. hahahaha

dunia tidak perlukan orang yang jujur.

dunia hanya perlukan orang yang kejam..

orang yang berhati kering..

apa guna kejujuran andai kata sering ditindas orang?

mulai saat ini aku perlu belajar utk tidak jujur pada diri sendiri... muahahahahaha
wassalam :)

Sunday 18 March 2012

format laptop



dah lama dah aku perasan laptop aku ni semacam ja. maybe sebab aku banyak simpan cite2 korea kot. hehe semakin berat dan semakin lembab. kalau dibandingkan dengan sipu sedut yang berjalan di tanah tue, lagi laju la siput sedut tue banding ngan tunggu laptop aku habis loading. so, aku pun buat la satu keputusan yang amat berat dalam hidupku iaitu nak hantar laptop aku nie gi klinik. tapi sebab aku macam ada banyak esimen sem nie yang memerlukan aku untuk menggunakan khidmat laptop ku ini, maka hasrat yang suci murni itu pun ditangguhkan. lagipun, aku rasa caj yang dikenakan untuk format laptop sebanyak rm30 itu sangat mahal.

serupa pulak macam laptop aku


dan tiba-tiba bagaikan bulan jatuh dari langit, ada la satu persatuan kat u aku ini yang menawarkan bengkel format laptop yang hanya mengenakan yuran sebanyak rm3.. dapat makan + cd free ( tapi nie propaganda saja.. xdak cd free pon T_T ) + sijil lagi. dan aku dengan semangat berkobar-kobar untuk belajar format laptop nie (padahal nak format dengan harga yang murah) pun mendaftar la kat bengkel nie. tapi aku tak bayar pun yuran dia rm3. hehe asalnya aku nak bayar pada hari kejadian tapi apakan daya, ajk2 persatuan tue xnak terima. mungkin sebab bengkel nie tak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan? entah la. tapi memang sikit pun orang yang datang.

maka pada hari kejadian, tepat pukul 3, aku pun terpacak la berdiri di auditorium siswa tue ( sebelum tue aku gi daftar pengundi dulu.. ehem2 dah cukup umur nak mengundi. nanti boleh dapat tiket free balik kedah untuk mengundi ^_^ ). dari saat ke minit. seminit. dua minit. dan akhirnya 30 minit masa berlalu, tok guru masih belum sampai lagi. aku rasa gelisah. duduk serba tak kena. sebab pukul 5 petang nanti aku ada kelas lagi. entah sempat entah tak aku nak format laptop aku nie. selepas beberapa minit, maka datanglah beberapa orang jejaka yang pada pandangan mataku ini tidak lah hot mana. tak mampu membuatkan mata aku yang keranjang nie terpaku kat mereka.

baru semangat nak blajar kalau yang dtg mcm nie.. hek3


bermulalah sesi pembelajaran. rupa-rupanya mereka semua dari ftsm. kira student la nie. aku agak ragu-ragu dengan kebolehan mereka tue. ye lah, student macam aku nie. memang la mereka ada belajar kan tapi mungkin tidak sepakar pakar komputer? tapi aku teruskan jua. demi nilai rm3 itu. mula-mula tekan butang itu dan butang ini maka selesailah instal window 7 original. ORIGINAL ok. kalau instal dekat kedai, ciplak jer. dia ada bagi cd la. tapi cd tue tak boleh bawak balik. kalau bawak balik pun takdak guna sebab key dia ukm punya dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya. sebelum nie aku berangan, bila aku pandai format lptop, boleh la aku menolong sahabat2 aku yang dalam kesusahan.  eceh. dan bolehlah aku mengenakan caj rm30. sangat untung woo. tapi tanpa cd tue, macam mana aku nak meneruskan angan2 aku nie? takpa lah asalkan dapt format laptop dengan harga yang amat murah.

yeah murah itu hanya perangkap!!!


aku menjadi manusia terawal yang siap dalam bilik tue sedangkan yang lain masih lagi terkial2. hahaha setelah yakin semuanya sudah selesai, teruslah ke langkah seterusnya iaitu mencari driver yang membolehkan laptop aku nie menperolehi capaian wifi. dan inilah saat yang membuatkan aku moral down. laptop aku beserta beberapa laptop lain tidak mendapat capaian tersebut. dan ini menyukarkan untuk ke langkah seterusnya iaitu install software2 seperti microsoft word, webcam, google dan sebagainya. tok guru tersebut memberikan cadangan bawa laptop kami nie ke ftsm keesokan harinya. jauh tue bang ftsm tue. saya pon tak pernah sampai lagi. tapi aku mengambil langkah bijak dengan menyerahkan laptop aku nie kepada abangku supaya dia dapat memperbaikinya. dan dia juga merupakan manusia yang beria2 memujuk aku untuk join bengkel ini. pikir positif. dapat window7 original.


lebih kurang macam nie la bila laptop aku ada problem

seesokan harinya aku pon bertanya lah khabar laptop ku. abag aku cakap blablabla dan akhirnya aku paham. laptopku tak okey lagi. aku terus menunggu dan menunggu dengan penuh sabar. dan akhirnya dengan pertolongan kawan abangku, maka sihatlah kembali laptop aku nie. tapi bari hari nie aku dapat guna wifi sebab bila aku masukkan password dalam ukm jaring tue ja mesti ada iklan yang keluar yang tulis ACCESS DENIED..





okay cerita dah habis. sekian
wassalam :)

Monday 5 March 2012

diskriminasi terhadap golongan kidal!

assalamualaikum...

apa itu kidal? kidal adalah seseorang yang cenderung menggunakan tangan kiri dalam kehidupan sehariannya. contoh terdekat adalah aku la.. aku tak malu nak mengaku aku nie kidal. ye lah kan, orang kata, orang kidal nie  cam pengotor sikit la kan sebab tangan yang digunakan untuk membasuh berak kencing telah digunakan untuk menulis pulak.. tapi kan, ada ke orang yang bila buang air besar atau kecil, dia basuh tak guna sabun? bila dah guna sabun, dah bersih dan wangi lah tue kan? hehe

ya saya seorang kidal!


nie sebenarnya luahan hati seorang minah kidal..

bukan kehendak aku nak menjadi seorang kidal. kidal datang tanpa dipaksa. dalam keluarga aku, hanya aku dan adik aku yang paling kecil sekali ja yang kidal ( tue pun sebab aku yang asuh dia jadi seorang kidal. hahaha takkan nak aku sorang ja yang jadi kidal dalam family aku? :P ) . kidal bukan disebabkan keturunan. kes terpencil la katakan.disebabkan kidal nie kes terpencil dan hanya dikuasai oleh golongan minoriti saja, jadi aku rasa jadi seorang kidal nie kira hebat la jugak kan?

banyak sebenarnya benda-benda dalam dunia nie dibuat untuk orang kanan tanpa memikirkan perasaan orang kidal macam aku. contoh terdekat di sekeliling aku adalah kerusi di dalam bilik kuliah.

nampak tak kerusi2 tue?

nampak tak meja yang terlekat atas kerusi tue? tempat letak tangan adalah di sebelah kiri! dan orang kidal macam aku perlu menulis tanpa dapat meletakkan tangan yang lenguh di atas meja. dah la kena mengiring sikit bila nak menulis. mana tak lenguh urat sendi segala macam. aku benci kerusi macam nie. tiba-tiba rindu meja kerusi masa sekolah dulu-dulu. takde diskriminasi.. huk3

lihatlah meja yang selesa ini..

besar, ada laci dan takde diskriminasi! dan yang penting, nak tido pon sedap. hehe
kenapa dekat universiti meja dia kecik? tak puas hati! nak meja macam budak sekolah jugak! huhu

lagi kan fakta mengenai orang kidal la kan, golongan nie sering mati dalam usia muda. sebab apa? sebab guna peralatan yang dikhaskan untuk golongan kanan la nie. mana tak mati cepat. haish. tapi sikit ja la yang ada kes macam tue. kami berusaha sedaya upaya agar dapat menguasai peralatan yang dicipta khas untuk golongan kanan nie. golongan kanan boleh ke buat macam tue? tak boleh kan? haha kelebihan untuk orang kidal <3

orang kidal juga sering dilabelkan buat kerja kelam kabut, lambat dan comot? ok bagi kes kelam kabut dan perlahan tue sebab kami dalam proses untuk menggunakan peralatan orang tangan kanan. faham-faham ja la bila sedang belajar sesuatu benda baru, lambat la sikit proses dia. yang kata comot tue pulak atas kejadian di mana buku latihan orang kidal nie tak putih bersih macam orang tangan kanan la. nak putih bersih macam mana kalau kami tulis dari kiri ke kanan. kompomlah tangan kiri yang sedang menulis tue ada di atas buku. macam mana tak comot? (ceh bunyi macam marah ja.. sebenarnya tak marah pon)

memang ada banyak masalah lain lah untuk individu kidal nie tapi macam tak larat nak tulis pulak.. hehe oh baru aku perasan, hari kidal sedunia jatuh pada 13 OGOS setiap tahun.. err perlu ke sambut?


I may be left handed
but, i'm always right..

wassalam :)