Monday 30 April 2012

isu siswa siswi

as salam..

yeah tetiba rajin nak tulis banyak post malam nie.. walaupun tak panjang...

tadi aku ada la berdebat dengan seorang student nie pasal isu2 dekat U la kan... kisahnya bermula bila ada salah satu parti post pasal bersih.. lepas tue, ada la seorang perempuan nie dia komen kata,

"kenapa mesti nak sibuk hal luar? kat dlm u nie byk lagi isu kebajikan pelajar yg xselesai2 mcm denda sebab lewat daftar la, lewat bayar yuran la, dan macam2 denda lagi la yang membebankan pelajar.. kafe pon letak harga mahal. student mana mampu nak bayar.dah la takde pendapatan.."

lebih kurang macam tue la.. aku malas nak printscreen dialog2 tue semua.. tak best..hahaha n then aku pun jawab la komen dia tue..

"ala kalau taknak kena denda, daftar la awal2. kita kan dapat ptptn, takpun jpa.. bayar la yuran tue.. kalau kafe letak harga mahal, boikot la ramai2.."

tengok la aku yang suka ambil ringan semua masalah..hahaha ok sambung dialog balik.. dia pun balas la..

"tak semua student ada penaja. kalau dibuat kajian, ramai yang takde penaja termasuk la saya sendiri. kafe murah jauh. terpaksa la ke kafe yang mahal. jadi pergerakan mahasiswa di u patut ambil tindakan terhadap masalah ini!"

sebenarnya dialog dia takde la sependek yang aku tulis tue.. hihi dia punya ayat lagi membara la.. pelik jugak aku, rupanya ramai yang takde penaja. susah la kan kalau hidup dekat u nie takde penaja. aku pun jawab la..

"ooo taktau pulak ramai yang takde penaja. awat tak minta ptptn? tak pun zakat ke? boleh bantu ringankan sikit beban kewangan."

konfius jugak aku. rasanya kat u banyak ja bantuan kewangan kepada pelajar yang ada maslah kewangan nie.. bagi aku ptptn pun dah cukup dah kalau aku kurangkan tabiat shopping aku.. hehe ptptn tak cukup sebab aku rajin bershopping.. kalau setakat yuran tue, 1/3 saja.. lagi 2/3 belanja harian aku.. ops lupa, dialog tak habis lagi..

"saya tak ambil ptptn sebab saya taknak dibelenggu dengan masalah hutang."

aku rasa semua orang pun tak suka jugak hutang2 nie. aku pun tak suka. tapi nak buat macam mana bukan berasal dari keluarga yang kaya raya.. huhu jawapan aku terhadap beliau..

"saya pun tak suka jugak hutang2 nie tapi nak buat macam mana nak hidup kat u nie perlukan duit.. tapi kan kalau kita dapat 1st class, kita tak payah nak bayar hutang2 ptptn tue semua.. kena rajin ja.."

dia pun balas..

"berapa ramai yang akan dapat 1st class? saya tak berani ambil risiko.."

pandai dia balas.. ada saja hujah dia..

"sebab tue la ptptn diwujudkan.. untuk bantu golongan yang kurang upaya untuk belajar bersungguh2 supaya pinjaman tue bertukar menjadi biasiswa.."

pandai jugak aku menjawab kan? hihihi bukan apa.. aku rasa alasan2 dia tue banyak yang tak logik.. kalau tengok statistik pelajar yang ambil ptptn dan dapat 1st class dan tak perlu bayar ptptn nie banyak.. tapi banyak chiness la.. melayu da la berapa kerat ja.. aku pun tak rasa la aku nie akan dapat 1st class..

kalau tengok orang dulu2 pun nak mengaji kat u ada yang sampai kena gadai tanah la, rumah la.. baru la terasa nak belajar rajin2..

ok dah taktau nak cakap apa..

xsuka interest dia..mahal..huhu




wassalam :)

antara sahabat dan kekasih

as salam..

jap nak bagi dialog yang biasa kita dengar..

" aku kan, kalau diberi pilihan antara kawan dan cinta, aku rela lagi pilih kawan sebab kawan ada time kita susah dan senang. cinta belum tentu lagi.. "

alah hipokrit sungguh.. sayang terhadap kekasih dengan kawan tue berbeza tau. mana sama. kenapa pulak nak putuskan kawan kerana cinta? atau nak putuskan cinta kerana kawan?

aku sebenarnya taktau nak tulis apa..tapi cuma rasa menyampah ja bila orang asyik duk buat dialog macam nie.. hahaha

ada kaitan tak dengan tajuk? hahaha


wassalam :)

Sunday 29 April 2012

not fair..

as salam..
kadang2 rasa macam tak puas hati la jugak bila kita yang tidak melakukan apa2 kesalahan (rasanya la kan) dihukum atas kesalahan orang lain. dan paling malang sekali bila orang yang melakukan kesalahan tersebut tidak dihukum bersama2..

sungguh tidak adil sama sekali..

namun itu semua lah yang mengajar aku erti sebuah kerjasama antara kumpulan. seorang buat salah, semua kena.

so, kami harus saling nasihat menasihati antara satu sama lain ^_^



best jugak kadang2 tgk wonderpets :P


wassalam :)

Thursday 26 April 2012

harapan

setiap orang mempunyai harapan. apa yang kita lakukan dalam hidup kita, mesti kita harap ianya berkesudahan baik. namun, tak semua apa yang kita harapkan akan kita perolehi..

contohnya, aku harap, printer yang baru aku beli dapat membantu meringankan beban aku dari menjejakkan kaki ke kedai fotostat n print.

tapi, buat masa sekarang itu semua hanya tinggal kenangan.. aku hanya mampu melihat dia tersadai di penjuru bilikku, menunggu untuk pergi ke klinik.

tak pernah ada benda yang elok kembali setelah mendapat sentuhan dari tanganku yang gatal nie -_-
wassalam :)

tiba-tiba..

salam pembuka bicara,

suatu hari tue kelas dakwah dan pembangunan. time tue ada la turn satu kumpulan nie buat perbentangan. aku dah lupa dah tajuk apa (padahal kelas tue baru tiga hari yang lepas berlalu) nak dijadikan cerita, entah macam mana salah seorang dari mereka bertiga terbuka cerita mengenai kisah Rasulullah dan pengemis buta. tapi dia tak dapat meneruskan cerita tu sebab dia rasa sebak dan mengalirkan air mata.

aku terpaku..

tiba-tiba satu perasaan menyelinap di hatiku..

ehem-ehem.. yang pasti bukan perasaan cinta dan yang sewaktu dengannya ya..

tapi satu perasaan sebak + terharu.. masih ada lagi orang yang boleh menitiskan air mata ketika menceritakan mengenai Rasulullah.. aku selalu jugak dengar cerita tu tapi tak pernah rasa nak mengangis..

tiba-tiba, rasa macam diri ini kurang penghayatan agama..

wassalam :)