Saturday 17 August 2013

hati-hati bila menaiki bas ekspress

assalam

lama bebenor aku tak menulis dalam blog nie.. bukan tiada masa, tapi tiba-tiba ada penyakit M (malas) dan tak terasa nak tulis pape..eheh

ok sebenarnya aku nak cerita pasal sesuatu yang telah berlaku pada diriku dalam bulan puasa baru-baru ini. awal ramadhan la senang cerita.

setelah sekian lama berada di UKM menghabiskan sisa latihan ketenteraan (wah gitu..) aku pun nak balik la ke kampung. aku balik sesorang je takde sape teman. teksi pun taknak amek aku bawak ke hentian kajang. katanya nak pegi solat terawih.. ok la pakcik! nasib baik ada sorang hamba Allah sudi tumpangkan aku.. kawan setentera jugak.. eheh.. ketua aras bes la, ayah dia mai amek.. (motip..?)

bas yang dinaiki oleh penulis
maka bermulalah perjalanan aku dari kajang ke alor setar tanpa ditemani sesiapa. seorang diri (macam sebelum nie tak biasa..hahaha). harga tiket bas dah naik, harap maklum..! jadi, telah menjadi tabiat aku tiap kali naik bas balik kampung mesti la tido kan. ada la jugak aku terjaga bila bas berhenti ka apa ka. sebelum nie aku memang alert la kan. so nak dijadikan cerita, tengah aku sedap tido, aku dengaq macam pakcik bas tue jerit suruh turun. aku ingatkan dah sampai lah ke shahab perdana. time tue hujan lebat, dalam mamai-mamai, aku dengan tangkasnya angkat la bagasi aku yang beratnya hanya mampu dibayangkan oleh orang yang mengangkatnya. bas pun dah pergi. bila aku rasa macam dah sedaq dari mamai, aku pun tengok sekeliling. "tak macam shahab perdana pun." getus rasa hatiku. maka aku pun cuit la manusia yang turun bersamaku and tanya la, "nie kat mana nie?" "SP (sungai petani)."  ah sudah..

baru la aku nak belek jam. tengok baru pukul 3.30 pagi. huwaaaa.. manusia-manusia yang turun bersama aku dah pergi. diambil oleh keluarga atau naik teksi. tinggal aku seorang. pada pukul 3.30 pagi, hujan yang lebat, duduk seorang diri di tempat yang asing sangat menduga perasaan kewanitaan aku. aku pun telefon la abah aku. abah aku cakap tunggu kat situ, abah pi ambik. jarak dari rumah aku ke sungai petani tambah tolak sejam lebih jugak la. time tue aku rasa abah aku la hero aku..hukhuk terharu..!

dalam duk tunggu tue, habis jugak la yasin dua kali. hahaha bila dalam kesusahan baru nak ingat Allah. mungkin ini ujian Allah turunkan kat aku nak bagi ingat Dia..walaupun masa tue aku sepatutnya menangis, tapi ntah la, rasa macam nak gelak kat diri sendiri ja. hahaha macam mana la aku boleh tersalah turun bas.

k yang tue ja nak cerita.. 

wassalam,
KG

wassalam :)

Tuesday 5 March 2013

sem baru

as salam..

alhamdulillah... sem baru dah lama start. sem nie merupakan sem terakhir aku sebagai seorang pelajar degree. eheh. so untuk sem terakhir nie aku akan menjalani latihan industri atau lebih glemer lagi dikenali sebagai praktikal. aku akan praktikal selama 4 bulan dan tempat praktikal yang telah menjadi pilihan aku adalah Jabatan Zakat Negeri Kedah.. daerah mana? tett mana boleh bagi tau..haha yang pasti daerah yang berdekatan dengan rumah aku la..

so far, sekarang nie dah masuk minggu ketiga aku berpraktikal di sini.. alhamdulillah, staf2 kat sini semua baik2..untung aku dapat berpraktikal di sini.. orang selalu cakap, kalau praktikal dekat gomen, keja xbanyak, tapi kat sini, banyak je kejanya.. maybe sebab sini ibu pejabat kot.. cumanya kalau praktikal kat sini xde elaun ler.. aku xkisah pon (sebenarnya kisah T_T) kalau xde elaun, asalkan dekat dengan rumah... boleh la nak save budget tue.. haha

disebabkan kedudukan aku minggu nie agak tersorok, boleh la aku on9 senyap2..ngehehe.. tempat asal aku terlalu terbuka.. nak main sudoku pun terpaksa sorok2..sedeyh :(

ok lah setakat sampai di sini saja aku corat coret... rindu bilikku di aras 3 blok M..



wassalam :)

Sunday 6 January 2013

toyol

as salam

sekarang musim final exam di kebanyakan IPTA. xterkecuali aku pun turut terlibat. exam dengan toyol xdapat dipisahkan. kenal toyol x? toyol sangat femes di kalangan student2 baik di sekolah mahupun di universiti. apa itu toyol?

toyol adalah sejenis penipuan di dalam exam. bawak nota curik2 masuk dalam exam la gitu. sapa xkenal toyol memang dia bukan student yang sebenar2nya. hahaha tapi AWAS!! toyol yang aku tengah dok cerita nie bukan toyol yang dok hisap ibu jari kaki tue. bukan.. 

disebabkan dah malam, aku malas nak masukkan gambar toyol. haha


petang tadi lepas habis exam, aku pon dok melepak2 di bilik sorang kawan aku nie (gaya macam dah habis exam). ntah macam mana terbukak la cerita pasal toyol mentoyol nie. rupanya kawan aku nie dah lama bela toyol dalam dewan peperiksaan. macam mana dia bela toyol? dia tulis nota kat tangan la, bawak henpon la masuk dewan.. tapi kira bertuah jugak la sebab xpernah kantoi lagi. melalui penceritaan beliau, rupanya dah lama beliau buat kerja2 macam nie. sejak zaman spm lagi sampai lah zaman sekarang iaitu final year kat u. ish3

teknik yang bagus! tp still aku xberani


aku sebenarnya kagum jugak kat dorang2 suma nie. haha berani gila bela toyol! aku xberani. sebab aku pernah terbaca 1 artikel nie, kita dapat kerja berdasarkan result kita kan. kalau dah dari zaman sekolah lagi kita meniru dan sikap tue terbawak2 ke alam u, maknanya nanti pekerjaan yang kita dapat adalah daripada hasil penipuan kita. mana nak datang keberkataan tue kan. aku xnak rezeki yang aku dapat selama nie hasil penipuan. jadik darah daging kan. lagipun daripada bela toyol, baik aku study betul2. at least, aku puas hati. tue semua hasil usaha aku. walaupun xdapat banyak. hahaha padanla usaha dengan hasilnya.

k selamat study kawan2 semua :P

wassalam :)

Tuesday 1 January 2013

berakhir sudah

as salam. 

ok mungkin entry terakhir malam nie. walaupun ada banyak benda aku xciter lagi, tapi..nanti2 la.

sem nie adalah sem terakhir aku kat ukm. (insyaallah). sem nie aku kena berhempas pulas untuk siapkan tesis aku (tesis la sangat). alhamdulillah, dah nak siap dah pun. maklum la, aku xwat soal selidik. kajian perpustakaan ja (JA???). motif xbuat soal selidik? aku xsuka soal selidik. sebab tue aku xbuat. muahahaha!!!

sem depan aku akan praktikal. alhamdulillah. dah dapat tempat. dekat dengan rumah aku. boleh jimat. walaupun tempat tue xde elaun (gomen la katakan). tapi aku bersyukur la. ada jugak kawan2 aku yang belum dapat lagi. lagi sadis. 

dalam beberapa hari lagi aku akan exam. final year. tapi buku xhabes baca lagi T_T study week nie aku xbalik hokey. walaupun aku xbalik, aku gi jalan2. hahaha mula2 gi cameron, di sponsor oleh tut tut. free kan. pegi ja la. tak rancang pon. aku just berbelanja untuk diri aku saja. :) kemudian pegi broga dan sungai tekala ngan kawan2 perempuan aku. ladies day's out la katakan. best. sangat best. last sem baru la nak pi sana, pi sini . dolu2 xterasa pulak. hahaha :)

ok berbalik kepada cerita, tak lama lagi nak exam, kemudian ada latihan tut tut selama lebih kurang 3 minggu. kemudian baru aku boleh balik kampung. bersedia untuk berpraktikal di kampung :) wish me luck!


dah new year. hepy new year!!! with luv <3


wassalam :)

themepark time square

as salam

entry ketiga untuk malam ini. hahaha. aku nie xpernah naik roller coster. so aku rasa teringin sangat. satu hari,  disebabkan nak pegi thempark kat ts tue, aku rela ponteng kelas ari selasa (kelas aku hari2, ujung minggu aku xfree. kena carik masa pegi jugak). ok my bad. xelok ponteng kelas. tapi aku jarang ponteng kelas sem nie k. sekali sekala xpe. boleh dimaapkan. 

maka, nak dijadikan cerita, aku ngan sorang besfren aku, melur (bukan nama sebenar) pon pegi ts. naik ktm je. bila dah sampai, eksited la aku nak naik semua2 benda yang ada kat dalam themepark tue. dasar budak kampung. xpernah gi funfair. hahahaha

mula2 aku naik kereta pusing2 terbang2 gitu. dah stat pening. takut pun ada. seram pun ada. padahal mainan budak2 ja pon. hahaha -_-! sebenarnya hari tue, aku xnak kuar pon sbb sekor makhluk yang besar sedang bermaharajalela kat atas batang hidung aku. aku benci dia. untuk seumur hidup aku. nama dia jaja. dua tiga menjak nie, asyik nak berdamping dengan aku ja. entah la kenapa. 

tapi kawan aku, si melur ajak jugak kuar. dia cakap, sem nie kami xpenah lagi kuar sama2. so, aku pon terpengaruh dan kuar. ok. naik roller coster. aku rasa, kali tue adalah kali pertama dan terakhir aku naik benda2 xberfaedah cmnie. hahaha aku yang ayu dan sopan nie terpaksa mengeluarkan suara dari anak tekak untuk menjerit bagaikan bukan perempuan. BOOO BOOOO rasa malu. so, aku decide xnak naik dah. jangan paksa aku.

kemudian, kami pegi memanah (kali pertama juga) dan karok2 dan makan2.

nampak sedap tapi xsedap. nama pa ntah. lupa.

begitulah cerita aku. ok jumpa dalam next entry. :)


wassalam :)