Wednesday 2 May 2012

seperti katak yang dipanaskan

as salam..

pernah dengar cerita pasal katak yang dipanaskan tak? aku pun tak pernah dengar tapi terbaca kat dalam majalah.. hehe

sedapnya dia berendam..~


ceritanya macam nie..

kalau seekor katak itu dicampakkan ke dalam air yang sangat panas, dengan pantas dia akan melompat keluar sebab kepanasan. tetapi sekiranya katak itu dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan kemudian air itu dipanaskan perlahan-lahan, katak itu tidak akan segera melompat. ia akan perasan bahawa air itu semakin panas dan ia akan selesa berada di dalam kepanasan itu. tanpa disedarinya, akhirnya dia akan mati kepanasan apabila suhu air itu mencecah 100 darjah celcius.

kita tak perlu menukar nama, menukar agama, tetapi dengan menukar cara hidup kita, kita seolah2 katak yang dipanaskan apabila semakin selesa dengan kehidupan yang jauh daripada landasan islam..

adakah kita seperti katak yang dipanaskan?



wassalam :)