Sunday 26 February 2012

30 minit tanpa henti

pagi tue zaiton berazam nak joging tanpa henti selama 30 minit sampai ke kolej Z. zaiton pergi berjogging bersama 3 orang rakannya iaitu halimah, maimunah dan rogayah. selepas bersiap ala kadar, mereka bereempat pon membuat warming up di depan blok L iaitu berhampiran meja batu. kemudian, barulah mereka start berjogging. semangat zaiton sangat tinggi. ini kerana, tiap kali dia bersama skuadnya dikerah untuk berlari, dia merupakan peserta yang terakhir dan asyik tertinggal jauh ke belakang. zaiton tak mahu menjadi orang yang terakhir lagi. dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sarjan kasim. sarjan kasim kelihatan sangat gembira melihat anak buahnya ingin berjogging. ini kerana, sarjan kasim mahu anak2 buahnya menjadi kadet yang paling hebat dalam sejarah palapes.


zaiton berlari-lari kecil sambil melihat jam di pergelangan tangannya. "ish lambat betul masa berlalu. baru 5 minit.." gumam zaiton dalam hatinya. dia mula merasakan kepenatan dan keletihan. namun, zaiton teruskan juga.  zaiton berlari beriringan dengan halimah. manakala maimunah dan rogayah di belakang mereka berdua.


10 minit kemudian, zaiton tercungap2 keletihan. "cis kenapa aku masuk palapes nie? aku benci lari2 nie..huhu" ucap zaiton perlahan untuk memoral down kan dirinya sendiri. sungguh tak patut zaiton nie. zaiton pon memperlahankan lariannya. dia mula berjalan untuk menghilangkan kepenatan dan keletihannya. kakinya lenguh. dada dan pinggangnya rasa sakit. baru jogging sikit. mental ja semua tue. sedang asyik berjalan, maimunah dan rogayah datang dan terus meninggalkan zaiton. zaiton hanya memandang sayu. "pergilah sahabatku. habiskan lah jogging 3o minit tanpa henti. aku sudah tak sanggup.."


berkat usaha zaiton yang hanya berjalan tanpa henti sahaja, samapailah dia di tempat rakan2nya berkumpul iaitu di kolej Z. mereka bereempat pun beriringan pergi ke kafe kolej Z. nak breakfast. zaiton memesan nasi lemak dan teh o panas. hajat hati nak pesan teh o ais tapi halimah melarang keras. halimah cakap ais tak elok lepas jogging. halimah sendiri memesan nasi lemak dan teh panas. maimunah juga memesan nasi lemak dan teh o.sama seperti zaiton. dan rogayah koeytew goreng dan air kosong. mereka makan dengan begitu menyelerakan. makcik kafe tue ada juga menegur mereka. "tak pernah nampak pun kat sini." "kami budak kolej lain makcik.." jawab halimah mesra.


selesai makan, mereka pun berjalan pulang sambil menikmati keindahan alam semulajadi. dalam perjalanan, zaiton merasakan perutnya meragam. "apsal pulak dengan perut aku nie. tadi elok saja." zaiton hanya menahan. sampai sahaja di kolej mereka, terus zaiton meluru masuk ke tandas. "cis, ini semua mesti kerana nasi lemak tue. lepas nie, aku taknak makan dekat kolej Z dah. ada hati makcik tue nak suruh aku pergi lagi." gumam hati zaiton sambil menghentak-hentakkan kakinya.


palapes: pasukan latihan pegawai simpanan.
wassalam :)

Wednesday 22 February 2012

kau ku seru




aku baru saja habis baca novel kau ku seru nie.. novel nie novel seram.. ntah la sejak bila aku terminat nak baca novel seram2 nie.. aku baru pinjam kat kawan aku semalam. dan aku start baca semalam. dan aku terlupa kata aku baca pada waktu malam yang gelap lagi sunyi di saat semua orang sedang enak dibuai mimpi sambil ditemani air liur basi.. hahaha


disebabkan baca novel nie la semalam aku tidur tak tutup lampu.. ada ja bunyi2 hasil imaginasi aku.. aku tau tue semua adalh khayalan semata2 tapi nak buat macam mana dah aku nie spesis penakut lagi tidak berani.. so cepat2la aku habiskan baca novel nie sementara matahari masih muncul.. aku taknak baca malam2 dah.. huhu


kunci utama dalam novel nie adalah dendam.. disebabkan dendam serta cinta yang tak terbalas, Hasham sanggup bunuh wan zarina, suami serta anaknya. sebelum wan zarina mati, dia sempat melahirkan seorang bayi perempuan. hasyam tue pula dapat memiliki wan zarina selepas wan zarina tue mati. macam mana dia mampu memiliki wan zarina? minta tolong tok bomoh la. tok bomoh tue jampi apa ntah maka bangkitlah wan zarina tue. tapi bukan manusia la. hantu raya. tapi yang pelik, hantu raya nie boleh pulak melahirkan anaknya bersama Hasham ya. anaknya tue nama dia alif haikal (nama macam budak sekolah lama aku -_-!)


dalam novel nie dia asyik nak suruh aku bayang muka hantu tue ja.. rambut panjang tutup muka, mata merah menyala, ada gigi taring, kuku panjang runcing.. dan tanpa dipaksa2 aku pon terbayang2kan la muka huduh tue. dan akhirnya aku pulak yang takut.. huhuhu tapi takpa, orang kata kalau nak hilangkan imaginasi buruk2 nie kita kena tengok katun. bagi hilang stress.. hahaha


ok kembali kepada cerita novel nie. cerita tue tak tamat sampai situ ja. ianya berulang kembali kepada anak perempuan wan zarina nie. nama dia mishalinda. mishalinda nie asalnya kapel ngan ashraf, majikan dia la. tapi sebab nak hapuskan dendam hantu yang kononnya mak dia tue, dia pon kawen la dengan alif haikal nie. sebab hantu mak dia cakap nak hapuskan semua keturunan musuh dia. bila misha kawen dengan alif, dia tak jadi nak bunuh la sebab misha tue kan keturunan dia jugak kan. takkan la dia nak bunuh keturunan dia. tapi aku masih pelik lagi. macam mana hantu raya boleh melahirkan anak manusia nie? alif haikal tue anak hantu raya bersama hasham. gen manusia dengan hantu mana sama kan?ok kembali kepada cerita. ashraf yang kecewa tue pon telah membunuh misha yang tengah mengandung serta suaminya alif dan akhirnya membunuh dirinya.. tapi malangnya ada lagi sekor hantu iaitu hantu raya yang dibela hasham tue, dia sedang giat mencari waris tuannya. waris tuannya itu adalah anak yang sedang dikandung misha yang sempat diselamatkan. aku kompius. ada 1 hantu ka 2 hantu nie? hurm.. cerita tue pon tamat la kat situ..


ok aku tak pandai nak menceritakan balik apa yang aku baca.. haha tapi novel nie persis pontianak harum sundal malam la bagi aku.. saing2 tue jugak la cerita dia.. pasal pontianak..dendam..cinta yang tak kesampaian.. cuma dia olah sikit2.. bagi aku agak seram la jugak kan sebab penulis nie berjaya membawa aku masuk ke dalam novelnya dan buat aku takut nak pergi toilet semalam -__-!!




wassalam :)

Sunday 19 February 2012

kronologi peristiwa yang berlaku dekat aku

assalamualaikum..

sebenarnya banyak benda aku nak cerita dalam blog aku nie.. banyak peristiwa suka duka pahit manis yang berlaku kat aku sepanjang aku berhenti tulis blog untuk sementara waktu disebabkan takdak idea nak menulis, exam, sibuk dengan hal-hal keduniaan dan bagai-bagai lagi lah.


06/01/2012-19/01/2012

pada tarikh keramat nie, aku dan rasanya seluruh warga ipta dalam minggu final exam. aku ambik 5 subjek sem lepas. soalan-soalan exam pun banyak yang naik daripada past year. tapi sebab aku memilih sangat nak buat past year yang senang-senang ja dan memandang enteng soalan-soalan yang susah dan bila aku mengadap kertas soalan yang sebenar, lalu muncullah soalan-soalan aku aku tak terasa nak buat malam sebelumnya, aku hanya mampu memandang tanpa perasaan saja.. pandai-pandai la aku goreng-goreng tambah perencah sendiri. dan pada 05/02/2012 result pon keluar. dan alhamdulillah, akhirnya aku dapat capai target aku.. walaupun tak banyak macam orang lain tapi tue target dalam hidup aku. mana boleh sama dengan orang lain kan.. hehe (^o^)




20/01/2012-25/01/2012

ok pada tarikh nie pulak aku join operasi khidmat masyarakat di langkawi yang dianjurkan oleh persatuan anak kedah ukm. best. sangat best. aku dapat family angkat yang baru. kalau nak diikutkan lah kan, setakat nie dah 3 family angkat aku dapat. sebelum-sebelum nie aku jarang join aktiviti anak kedah nie. so ramai la budak-budak nie yang aku tak kenai. tapi tue tak menjadi masalah. kat langkawi jugak aku baru kenai sejenis makanan yang dipanggil bronok rasanya. rasanya bagi aku boleh la tahan sebab kali pertama makan kan. bronok nie aku pun taktau nak gambarkan macam mana. family angkat aku cakap dia macam belut sikit-sikit la. aku rasa kalau aku tengok brononk nie sebelum dia diproses memang aku tak makan dah. sebab aku jenis yang geli dengan benda-benda alah yang licin-licin badannya, takdak kaki...

nie la bronok atau nama ornag putihnya sea cucumber.. timun laut rupanya.. benda nie ka yang aku makan.. eeeii geli la pulak tengok... -_-!

banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan. gotong-royong (walaupun aku tak rajin, aku berpura-pura rajin ja lah kat tempat orang), jom heboh sekampung.. dalam jom heboh sekampung ada banyak permainan. aku join menantu pilihan, raut lidi dengan semakin jauh semakin sayang. dalam menantu pilihan, permainan dia lebih kurang macam dalam cerita musang berjanggut tue. kami kena asingkan kacang hijau dengan kacang dal. tapi malangnya aku kalah. nerveous la katakan... hahahaha tak layak nak jadi menantu pilihan.. raut lidi pon aku kalah.. saja nak bagi orang lain menang. mulia kan hati aku nie. tapi dalam semakin jauh semakin sayang nie aku bergandingan dengan adik angkat aku. permainan dia baling-baling belon air ja. dapat no 3. ok la tue kan dari tak dapat apa pon. hehehe


langkawi island


kemudian kami buat bancian kat penduduk kampung tue. aku kena kat kampung ranggut. memang busuk la pi rumah orang lepas habis jom heboh sekampung. kalau ada makcik-makcik yang terasa nak ambik aku jadi menantu dorang pon, rasanya terus tak jadi. macam-macam jenis orang aku jumpa. dan alhamdulillha benda tue pun setel pada petang tue jugak.


besoknya kami dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian jadi fasi kat budak-budak darjah 6 dan sebahagian lagi kena prepare untuk malam kebudayaan. malam penutup la kiranya. aku termasuk dengan makhluk-makhluk yang kena prepare untuk malam kebudayaan tue. kami buat pentomen. aku pegang watak kecik ja. malas nak menonjol dir. asalnya taknak masuk tapi dorang perasan pulak. haish.. terpaksa la tunjuk muka. dan alhamdulillah malam tue berjaya dengan sempurnanya. hehehe


lupa pulak nak cerita. lepas habis gotong-royong (sebelum program jom heboh sekampung) kak angkat aku bawak aku dengan kawan angkat aku pi telaga tujuh. jauh jugak nak panjat tangga ke telaga tujuh tue. sebelum sampai telaga tujuh tue, kami jumpa air terjun dulu. rasa macam nak mandi ja. tapi nak buat macam mana, pi sana pon sehelai sepinggang ja.. bila dah sampai kat telaga tujuh, aku pon tertinjau-tinjau la mana la telaga tujuh tue. nampak biasa ja. rupa-rupanya, menurut kata kakak angkat aku, kena perati betul-betul baru boleh nampak.. oh yeke.. aku tak perati betul-betul pon.. hehe takpa la, tak kesah sebab akhirnya aku sampai jugak. ada jugak orang yang dah naik tangga tue boleh berputus asa di tengah jalan sebab tak larat nak naik..ish3 rugi3..

nie la telaga tujuh


sebelum balik, kami singgah la kat beberapa tempat yang sempat kami singgah. antaranya underwater world,  kilim (tempat naik bot tengok gua kelawar dan bagi burung helang makan), ismail group (aku borong banyak coklat kat sini.. habis duit aku..huhuhu)


ok samapai situ ja la yang aku boleh cerita. nak cerita semua panjang sangat. aku tak boleh tengok post panjang-panjang nie.. hehe (^o^)

tiba2 aku rasa joker versi kartun nie hensem plak




wassalam :)