Sunday 19 February 2012

kronologi peristiwa yang berlaku dekat aku

assalamualaikum..

sebenarnya banyak benda aku nak cerita dalam blog aku nie.. banyak peristiwa suka duka pahit manis yang berlaku kat aku sepanjang aku berhenti tulis blog untuk sementara waktu disebabkan takdak idea nak menulis, exam, sibuk dengan hal-hal keduniaan dan bagai-bagai lagi lah.


06/01/2012-19/01/2012

pada tarikh keramat nie, aku dan rasanya seluruh warga ipta dalam minggu final exam. aku ambik 5 subjek sem lepas. soalan-soalan exam pun banyak yang naik daripada past year. tapi sebab aku memilih sangat nak buat past year yang senang-senang ja dan memandang enteng soalan-soalan yang susah dan bila aku mengadap kertas soalan yang sebenar, lalu muncullah soalan-soalan aku aku tak terasa nak buat malam sebelumnya, aku hanya mampu memandang tanpa perasaan saja.. pandai-pandai la aku goreng-goreng tambah perencah sendiri. dan pada 05/02/2012 result pon keluar. dan alhamdulillah, akhirnya aku dapat capai target aku.. walaupun tak banyak macam orang lain tapi tue target dalam hidup aku. mana boleh sama dengan orang lain kan.. hehe (^o^)




20/01/2012-25/01/2012

ok pada tarikh nie pulak aku join operasi khidmat masyarakat di langkawi yang dianjurkan oleh persatuan anak kedah ukm. best. sangat best. aku dapat family angkat yang baru. kalau nak diikutkan lah kan, setakat nie dah 3 family angkat aku dapat. sebelum-sebelum nie aku jarang join aktiviti anak kedah nie. so ramai la budak-budak nie yang aku tak kenai. tapi tue tak menjadi masalah. kat langkawi jugak aku baru kenai sejenis makanan yang dipanggil bronok rasanya. rasanya bagi aku boleh la tahan sebab kali pertama makan kan. bronok nie aku pun taktau nak gambarkan macam mana. family angkat aku cakap dia macam belut sikit-sikit la. aku rasa kalau aku tengok brononk nie sebelum dia diproses memang aku tak makan dah. sebab aku jenis yang geli dengan benda-benda alah yang licin-licin badannya, takdak kaki...

nie la bronok atau nama ornag putihnya sea cucumber.. timun laut rupanya.. benda nie ka yang aku makan.. eeeii geli la pulak tengok... -_-!

banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan. gotong-royong (walaupun aku tak rajin, aku berpura-pura rajin ja lah kat tempat orang), jom heboh sekampung.. dalam jom heboh sekampung ada banyak permainan. aku join menantu pilihan, raut lidi dengan semakin jauh semakin sayang. dalam menantu pilihan, permainan dia lebih kurang macam dalam cerita musang berjanggut tue. kami kena asingkan kacang hijau dengan kacang dal. tapi malangnya aku kalah. nerveous la katakan... hahahaha tak layak nak jadi menantu pilihan.. raut lidi pon aku kalah.. saja nak bagi orang lain menang. mulia kan hati aku nie. tapi dalam semakin jauh semakin sayang nie aku bergandingan dengan adik angkat aku. permainan dia baling-baling belon air ja. dapat no 3. ok la tue kan dari tak dapat apa pon. hehehe


langkawi island


kemudian kami buat bancian kat penduduk kampung tue. aku kena kat kampung ranggut. memang busuk la pi rumah orang lepas habis jom heboh sekampung. kalau ada makcik-makcik yang terasa nak ambik aku jadi menantu dorang pon, rasanya terus tak jadi. macam-macam jenis orang aku jumpa. dan alhamdulillha benda tue pun setel pada petang tue jugak.


besoknya kami dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian jadi fasi kat budak-budak darjah 6 dan sebahagian lagi kena prepare untuk malam kebudayaan. malam penutup la kiranya. aku termasuk dengan makhluk-makhluk yang kena prepare untuk malam kebudayaan tue. kami buat pentomen. aku pegang watak kecik ja. malas nak menonjol dir. asalnya taknak masuk tapi dorang perasan pulak. haish.. terpaksa la tunjuk muka. dan alhamdulillah malam tue berjaya dengan sempurnanya. hehehe


lupa pulak nak cerita. lepas habis gotong-royong (sebelum program jom heboh sekampung) kak angkat aku bawak aku dengan kawan angkat aku pi telaga tujuh. jauh jugak nak panjat tangga ke telaga tujuh tue. sebelum sampai telaga tujuh tue, kami jumpa air terjun dulu. rasa macam nak mandi ja. tapi nak buat macam mana, pi sana pon sehelai sepinggang ja.. bila dah sampai kat telaga tujuh, aku pon tertinjau-tinjau la mana la telaga tujuh tue. nampak biasa ja. rupa-rupanya, menurut kata kakak angkat aku, kena perati betul-betul baru boleh nampak.. oh yeke.. aku tak perati betul-betul pon.. hehe takpa la, tak kesah sebab akhirnya aku sampai jugak. ada jugak orang yang dah naik tangga tue boleh berputus asa di tengah jalan sebab tak larat nak naik..ish3 rugi3..

nie la telaga tujuh


sebelum balik, kami singgah la kat beberapa tempat yang sempat kami singgah. antaranya underwater world,  kilim (tempat naik bot tengok gua kelawar dan bagi burung helang makan), ismail group (aku borong banyak coklat kat sini.. habis duit aku..huhuhu)


ok samapai situ ja la yang aku boleh cerita. nak cerita semua panjang sangat. aku tak boleh tengok post panjang-panjang nie.. hehe (^o^)

tiba2 aku rasa joker versi kartun nie hensem plak




wassalam :)

No comments: