Sunday, 15 January 2012

suri rumah berijazah

assalamualaikum..

aku pelik dengan kawan-kawan aku nie. tiap kali aku cakap yang aku nak jadi suri rumah lepas habis belajar, semua gelak. disangka aku buat lawak. sampai ada yang tersembur-sembur air yang diminum. aku rasa mulia jugak cita-cita aku nie. bukan apa, aku rasa ramai wanita zaman sekarang nie asyik mengejar kemewahan hidup ja. takda sapa yang nak jadi suri rumah sepenuh masa macam aku. selalu yang aku dengar, ala kalau nak jadi suri rumah, buat apa belajar tinggi-tinggi? nanti ptptn sapa nak bayar...?


ok aku ada jawapan untuk semua persoalan yang membelenggu anda-anda semua tue. cewah. tapi jawapan dia ikut logik akal aku la kan. hahaha . ok soalan buat apa belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi suri rumah. aku nak jadi seorang suri rumah yang berpengetahuan. sebab bagi aku, pendidikan semuanya bermula dari rumah kan. budak-budak tau mengaji, membaca, mengeja, semua tue dari rumah kan. memang la sekolah ada. tempat orang menuntut ilmu. tapi bayangkan. dekat sekolah tue, ada berapa ribu riban murid-murid yang perlu diajar. ramai. jadi, kadang-kadang, ada jugak anak-anak yang tercicir dan mungkin kurang diajar? kalau dekat rumah, boleh bagi lebih sikit perhatian. hehe takda la istilah bila anak tanya, mak, soalan nie macam mana nak kira nie, adik tak tau la.. mak pun menjawab..ish mak pun tak tau lah. dulu mak mengaji bukan tinggi sangat. takat-takat atas urat ja.


ha, tue la kegunaannya seorang suri rumah yang berijazah. hahaha lagi kan, tugas seorang suri rumah nie sangat mulia tau. ingat suri rumah nie duduk rumah goyang kaki tangan saja ka? kalau nak tau, lagi penat dari suami yang kerja pejabat tue. dan bayangkan kalau perempuan bekerja, bila balik masih kena buat kerja rumah juga kan? dan penatnya pun berganda-ganda jugak la.. jadi, baik pilih buat satu kerja ja. sekurang-kurangnya ada jugak la masa untuk berehat kan. lain la kalau ada someone yang nak tolong buat kerja rumah :)


ok dah la. tak suka la tengok karangan aku panjang-panjang. masuk soalan yang kedua pulak. sapa yang nak bayar ptptn aku yang dekat-dekat rm20 k jugak la nie. hurm siapa ya? siapa orang yang paling sesuai bayar untuk aku? aku kan nak jadik suri rumah sepenuh masa. semestilah suami yang tersayang yang bayar ptptn aku. indahnya dunia kan. bila dia dah melafazkan ijab dan qabul terhadap aku, segala tanggungjawab diri aku, mesti la dia yang tanggung kan? tapi jangan risau sebab aku akan sentiasa berada di sisinya untuk memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi.  :)


tapi kadang-kadang hidup tak seindah yang disangka. walaupun anda menjadi suri rumah sepenuh masa, pastikan anda juga menjadi menteri kewangan di rumah anda. sebab, kajian ada mengatakan yang wanita lebih pandai menjaga wnag berbanding lelaki. walaupun wanita suka berbelanja dengan banyak tapi apa yang dia belanja tue adalah keperluan. berbanding dengan lelaki yang lebih suka menghabiskan duit untuk perkara yang menjadi kegemarannya. bukan keperluan. 

wassalam :)

2 comments:

missmuss said...

hehehehek...
pi blajaq ilmu rumah tangga dlu bru la jadi surirumahtangga...
hohoho kena blaja masak, jahit baju, basuh kain, bersihkan rumah, tanam sayur dan segala mcm benda lgi ngehehehehehe

keroro9065 said...

amboih tue bkn tahap suri rumah dah tue...
tue tahap org gaji.. haha