Saturday 31 December 2011

maju lah bahasa untuk negara

sepatutnya petang-petang yang hening ditambah dengan suasana yang sunyi sepi ni patut aku gunakan untuk study memandangkan final exam pun just around the corner. tapi apakan daya, aku masih tak sedar diri lagi. tak, aku dah study sikit pagi tadi :p orang kata, biar sikit, asalkan istiqamah. lama-lama habis la. hehe. aku tak tau dari pukul berapa aku ngadap laptop nie,  dan sedang asyik aku menyelongkar mukabuku aku yang semakin membosankan tue, aku terklik la satu link ke blog nie. dari blog nie ke blog lain dan ke lain dan seterusnya. dengan tidak disengajakan, aku pun terjumpa lah satu blog yang boleh dikatakan hangat jugak la tapi memandangkan aku yang lambat tau pasal nie, maknanya tak berapa hangat la kan sekarang nie. tapi dah alang-alang kan, nak jugak la aku luahkan apa yang tersirat dan tersurat.alkisahnya macam nie..

ye, aku tau dia hensem -_-

blog nie dimiliki oleh seorang perempuan yang baru saja buat blog. aku tengok pon ada satu entry ja, tapi entry beliau sangat hangat di pasaran sebab walaupun baru satu entry, tapi beliau dah berjaya mencari komen-komen yang beribu riban dalam 2ribu ++ jugak la. entry dia just cerita pasal kejelikan beliau terhadap artis-artis korea yang aku rasa memang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri la kan. aku pun minat jugak tengok cerita korea nie, tengok video klip dorang yang menari-nari bagai dan lagu-lagu yang iramanya agak menusuk kalbu, tapi tengok ja la. takda lah sampai fall in love dengan makhluk-makhluk tersebut. hehe orang kata besederhanalah dalam segala hal kan. lagipun, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. kan kan kan? okey berbalik pada cerita aku tadi, disebabkan entry dia yang biasa-biasa ja tue, maka, ramailah peminat-peminat artis-artis korea nie turun padang memaki hamun beliau. sampai ada yang ugut bunuh, nak toreh muka dia dan bagai lah. aku pun naik takut tengok komen-komen yang mendebarkan tue. psiko sungguh die hard fan kpop nie. tapi rupa-rupanya tuan punya blog tue adalah penyamar. dia curi gambar budak perempuan tue dalam mukabuku and then cipta satu identiti yang mengatakan bahawa budak perempuan tue la tuan punya blog tue. kesian, tak pasal-pasal kena maki hamun dan diugut sedangkan orang lain punya kerja, orang lain yang teruk. sebab tue la, banyak kesan buruknya kalau kita letak gambar dalam mukabuku dan approve kawan yang tak dikenali. AWAS! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA YANG SETERUSNYA...

tapi tapi tapi..saya rasa yang nie lagi ohsem ^_^

kes nie pun dah jadi kes polis pun, kesian budak perempuan tue, ketakutan dia. tapi kan..tapi kan.. dari apa yang aku tengok la, dari komen-komen yang memang tak menunjukkan langsung identiti sebagai seorang bangsa melayu yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaannya tue kan, rupa-rupanya ramai yang terdiri dari budak-budak umur 10-18..alahai, muda lagi, tapi brutal beb. siap boleh main ugut-ugut bunuh lagi. sebab apa..? pasal kpop la. remeh ja pon.

tapi kalau tengok la kan, tak kisah la lelaki ke perempuan ke, ramai yang macam dah terpengaruh dengan artis korea nie, rambut nak kaler-kaler, mata nak kaler-kaler. terpulang la kan. tapi, bagi aku lelaki melayu nie lagi hensem dari artis korea. fake ja yang banyak muka dorang tue, heh.. ingat takde ka artis melayu yang hensem..? adyputra..? aaron aziz..?



siapa bilang lelaki melayu tak hensem?
tak menarik hati?
tiada memikat.. ^_^v
wassalam :)

Saturday 17 December 2011

annoying

kes nie terjadik pada waktu pagi yang hening lagi suci tadi..semalam aku tido awal, dlm kul 9 ++ la.. n then bila aku bgun pagi tadi bukak fb n tgk noty aku 34.. haha terkezut.. n bila check punya check rupanya aku punya kawan like komen2 lama aku.. hurm aku tau besa ja la kan kalau buat camtue.. kadang2 mungkin rasa seronok tapi kadang2 rasa sangat annoying bila bukak noty n tgk yg penuh tue adalah like2.. adoi.. kuciwa pon ada jugak.. haha

so, aku pun saja la tulis kat wall empunya orang tue kalau u like2 i punya komen lagi, i block u.. hurm sbnrnya aku ja kata macam tue..bkn nk block betui pon.. gpon aku bukan tau pon function block tuh.. just sgt annoying ok bila komen2 lama di like2 .. xkan yang tue pon nk sentap.. nak majuk.. aish mmg sorg yg xboley dibawak melawak langsung.. adakah lawak aku tue kasaq sangat..? betui la org kata, lain orang lain la perangainya.. adakah kata2 aku tue sangat menyentapkan..? bknnya aku tulis mcm tue nak suh dia merayu2 nak kawan ngn aku.. kadang2 mmg la kita rasa something tue sesuatu yg sangat menyeronokkan tp bg org lain sgt annoying ok..

bagi aku, benda2 mcm nie xpyh la nk besar2kan..sampai nk putus kawan bagai.. benda simple ja kot..

aish meluat betui aku ngn org yg cpt jauh hati nie.. malaas nk pujuk.. gpon bkn aku remove or block dia pon..

psss---> sejak akhir2 nie aku sikit stress.. aku tau xelok stress2 nie, so jgn la menambahkan ke stress an aku nie.. huhu




wassalam :)

Friday 16 December 2011

sakit dan sayang

andai kata saya dapat memindahkan perasaan sakit ini kepada awak,
sudikah awak menerimanya ?


kesian perempuan..tiap2 bulan mesti sakit.. tapi lelaki tak sedar... mereka kata..biasala tue..
kesian perempuan, tiap kali nak melahirkan anak, mesti sakit... sampai perlu bersabung nyawa lagi...
tapi lelaki mesti kata.. sabarlah..sakit sekejap je tue...

tapi, andai kata perempuan dapat memindahkan sakitnya kepada lelaki,
mahukah anda menerimanya..?

keroro gouro : aish semakin hari aku rasa bila aku nak menulis ja, mesti berpuitis bagai... aish...
wassalam :)

Wednesday 14 December 2011

janji

kadang-kadang kita suka berjanji tapi kita sukar nak menepati..
kadang-kadang kita suka berjanji tapi kita tak pasti bila kita dapat memenuhinya....
andai kata tak dapat penuhi, jgn gunakan perkataan INSYAALLAH...
perkataan INSYAALLAH bukanlah satu perkataan bagi janji yang tidak pasti...
kerana, ia hanya akan mencemar nama ISLAM yamg mulia...
INSYAALLAH , janji yang pasti ...
bila kita rasa kita dapat memenuhinya..
dan kita berusaha untuk memenuhinya..
bukan sebagai topeng untuk melindungi perbuatan mungkir janji...

tiba2 dpt ilham nak wat bait2 sajak bila sejak akhir2 nie, aku asyik ditipu dan terus ditipu disebabkan aku nie baik..? aku juga punya hati dan perasaan.. tahniah.. anda berjaya membuat aku bengang terhadap anda.. aku payah nak benci seseorang... tapi anda,, sejak pertama kali kenal anda.. sudah terbit perasaan benci tuh... dan ianya memuncak pada hari nie...



sekian..~

wassalam :)

Wednesday 16 November 2011

sakit itu penghapus dosa kecil

sakit itu penghapus dosa..

wassalam :)

Thursday 3 November 2011

hari rabu adalah hari berlapar..~

>>assalamualaikum<<

yeah ari untuk berlapar..~
walaupun ari rabu pada minggu nie baru saja melangkah pergi beberapa minit yang lalu.. err lebih kurang 20 minit la time aku tengah menaip nie, aku tetap nak citr jugak apa yang sering terjadik pada hari rabu aku untuk sem nie..

untuk sem nie, julung julung kalinya, aku takdak kelas pada hari rabu.. bes kan..? haha bagi orang lain la.. bagi aku urm..bosan jugak la..dan tiap tiap ari rabu, mesti perut aku yang sangat disayangi nie akan meronta ronta kelaparan.. aku rasa suma student tak kira la laki ka perempuan ka, kalau takdak kelas, mesti malas nak kuar makan kan...? tak terkecuali la aku.. tambah tambah ari rabu nie aku perlu berpakaian khas yang memerlukan aku ber high heel yang memang sangat sangat menyeksakan kaki aku.. haha padan muka -_-

nak ajak member jenjalan ke shoping kompleks pon, dorang kelas full.. sob..sob..sob.. aku dapat rasakan mereka seakan akan jeles dengan kelapangan masa yang aku ada tiap ari rabu..

keroro gouro: saat jariku leka menaip, perutku meronta ronta kelaparan walaupun aku baru jer makan.. aish berjaga malam memang membuatkan aku cepat lapar..^^


wassalam :)

Wednesday 2 November 2011

kawen sebab wasiat

>>assalamualaikum<<

" dengan ini dibacakan wasiat dari si atuk yang menyatakan jika cucunya iaitu si lelaki tidak menikahi si perempuan, maka si lelaki tidak akan memperolehi walau sesen pon harta peninggalan si atuk.. sekian terima kasih "

lelaki : adui, apa la atuk nie, aku dah ada awek kot.. aku sayang awek aku.. apsal atuk nak suruh aku kawen ngan perempuan yang aku tak kenal tue..? tapi demi harta pusaka, terpaksa la aku kawen ngan perempuan tue.. tapi jiwa aku terseksa.. sobsobsob T_T

perempuan : apa nie..? apa nie..? kenapa aku dipaksa kawen macam nie..? aku pon ada pakwe jugak.. aku pon sayang pakwe aku jugak.. tapi pakwe aku sengkek.. bakal suami aku nie, kalau kawen ngan aku, dapat harta pusaka.. nanti boley la aku hidup senang lenang.. hikhikhik ^^

-dialog hanya rekaan semata mata-
dirantai oleh wasiat

aku penah lihat situasi macam nie dalam novel. tapi tak mustahil kan kalau terjadik dalam kehidupan seharian kita.. walaupon novel ditulis berdasarkan imaginasi penulis, tapi masih lagi berpaksi dengan kehidupan seharian kita kan..?

kawen sebab wasiat nie kadang kadang bahagia, kadang kadang tak bahagia.. bahagia mungkin jika kedua duanya single dan tidak mempunyai kekasih hati lagi tapi derita jika kedua duanya sudah mempunyai kekasih..

si atuk nie memang tak patot. dia telah menyebabkan lelaki ngan perempuan tue derita.. ye lah, kawen dengan orang len, tapi dalam hati orang lain.. dan ini mungkin menyebabkan curang terhadap pasangan masing masing.. 



kalau lelaki tue baik okey lah.. macam mana kalau dia jahat..? mesti dia pukul pukul, marah marah perempuan tue, kemudian, bila rumahtangga mereka goyah, dia pon akan salahkan atuk dia..

"nie atuk punya pasal la nie, kalau atuk tak ugut saya suruh kawen ngan perempuan nie, mesti sekarang saya hidup bahagia dengan awek saya..!! "

ok yang tue je nak kongsi ^^

keroro gouro : xsuka dipaksa kawen.. haha






wassalam :)

Friday 14 October 2011

sentuh dan pergi...?

>> as salam <<

selamat pagi semua..!!! sekarang, waktu aku tengah sibuk sibuk nak update post terbaru nie, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 AM... diulangi 4.30 AM...

apa yang pelik nie..?
ok.. 1st, aku belum tido lagi sejak aku terasa nak tido kul 12 tgh mlm td...WAAA..!!! nak tido..!!! nak tido..!!!

ok, abaikan ja masalah aku yang tak dapat nak tido gi nie... rasanya ramai siswa siswi yang dapat penyakit macam aku nie.. walaupun besok pagi kul 8 AM aku ada kelas kan... aku dapat rasakan aku akan ngantuk kaw kaw punya lah dalam kelas.. tak pon, aku terbabas tido sampai tak gi kelas T_T

ok masuk topik..!!

pernah naik bas tak..? kalau kat area area Bangi nie, banyak rapid KL ngan bas mini... kalau nak gi metro kajang ka, bagi yang tak mempunyai transport sendiri macam aku nie, terpaksa la guna pengangkutan awam yang disediakan nie..

dulu dulu, time aku baru masuk ukm nie, kalau nak naik rapid, boley ja bayar guna duit.. sekali naik singgit.. tapi sekarang..

"adik ada kad touch n go..? kalau xdak kad, tak leh naik bas.. "

"err.. takdak."

"nak buat kad kena rm10.. kalau tak nak, kena la naik bas mini.."

"ooo..ok.."

jadik terpaksa la aku topup kad touch n go tuh.. aku guna mykad ja.. mykad aku ada touch and go ^_^

tapi aku lebih suka cara lama.. bayar guna duit ja.. bukan apa, dulu, sebelum guna kad, rapid selalu datang ukm 30 minit sekali datang.. tapi sekarang, dah jadik sejam sekali datang... penat oo nak tunggu bas..

dah malas tunggu, naik bas mini la.. BAS MINI...??!! tak rela aku nak berhimpit himpit ngan mat mat bangla yang banyak bertandang kat bangi nie.. tiba tiba rasa macam duk kat bangladesh ja.. huhu

bagi aku, sejak penggunaan kad touch n go tue, perkhidmatan bas pon telah menjadik semakin kurang efisien.. sapa setuju, komen lepas abes baca nie erk..? hehe

ye lah, tak semua orang reti nak guna kad tue kan.. jadik, time makhluk makhluk yang tak reti nak guna kad nie atau pon baru 1st time guna kad nie mesti la terkial kial kan.. pehtue, terpaksa la pakcik drebar bas tolong.. and then, masa pon banyak la terbuang kat situ.. nie tak termasuk lagi sebelum naik, kena sentuh kad, nak turun, kena sentuh lagi. terbuang lagi masa yang berharga.. ingat, masa itu cemas..!

sepatutnya, pembaharuan yang dilakukan dapat mempercepatkan masa perjalanan..! nie semakin lambat pulak.. -_-''

kalau guna duit kan senang, macam dulu dulu.. nak naik, bayar, duduk. dah sampai destinasi, turun terus.. tak payah susah susah nak sentuh sana sentuh sini.. masa pun tak banyak yang terbuang kan..?

ok lah, aku pon tak terasa nak tulis panjang panjang.. just nak luahkan ketidak puasan hati aku ja terhadap perkhidmatan pengangkutan awam nie..

keroro gouro : dengar kata pengguna malaysia mengalami  kerugian hampir rm1.054 juta setahun dan kad sentuh dan pergi nie dikenal pasti antara puncanya perkhidmatan pengangkutan awam kurang efisien.. 


wassalam :)

Thursday 25 August 2011

lelaki patut bagi sokongan !

as salam...

perempuan : awak, silalah rasa puding saya ni. kali pertama buat. tak tau lah sedap ke tak.


lelaki : (sambil merasa puding tersebut ) tak sedap langsung..

perempuan (dalam hati)
kurang asam. penat penat aku masak, boleh kata tak sedap. tak reti nak hargai langsung. jangan harap aku nak masak kat ko lepas ni !


*************

bulan puasa ni, aku rasa ramai perempuan yang belajar masak kan. tak kisah la masak untuk juadah berbuka ke, atau dah mula bakar kuih atau kek untuk hari raya nanti ^_^ . bila memasak tu, kadang kadang menjadi, kadang kadang tak. jadi, sokongan moral dari orang sekeliling amat penting !

aku benci betul dengan lelaki macam kat atas tu. kenapa ? sebab beliau langsung tak reti nak hargai penat lelah perempuan tersebut. walaupun tak sedap, tak perlu lah berterus terang sangat. masih ada ayat lain yang aku rasa manis dan tidak menyakitkan hati.

contoh ayat lelaki yang menyedapkan hati :

lelaki : puding awak ni sedap. tapi kalau awak bla bla bla lagi sedap. lagipun ni kali pertama awak masak kan. not bad. ^_^

perempuan : ye ker ? hehe (dalam hati) aku berazam nak masak lebih sedap lepas ni !)


********

sebab apa perempuan zaman sekarang tak reti masak ?
soalan senang. bagi aku, sebab lelaki tak reti bagi sokongan. lelaki suka cakap ayat yang kejam kat perempuan. tak kisah lah lelaki tu ayah ke, abang ke, adik ke, kawan ke, pakwe ke, semua sama saja. haha sesuka hati aku ja nak salahkan lelaki. bukan apa. aku rasa ayat lelaki ni lebih berbisa daripada ayat perempuan. perempuan, bila bercakap, jarang menyakitkan hati orang. haha macam tipu ja -_-

puding yang sedap dan menjadi ^_^

entri tak berkaitan dengan orang yang masih hidup atau yang dah lama meniggal dunia. salam ramadhan yang ke 25 ^_^

keroro gouro : adik lelaki aku cakap puding karamel yang aku buat tak sedap dan ianya amat menyakitkan hati aku. cis, tak suruh makan pun T_T


wassalam :)

Wednesday 24 August 2011

hormat dan takut. mana lebih penting ?

as salam..

senior : hei junior. ko takut kat aku tak ? (dengan muka bangga riak gila )

junior : ( dengan terketar ketar lutut ) ta..takutt kak.. 

tapi dalam hati junior...
ceh.. ko ingat ko hebat sangat sampai aku kena takut dengan ko.. kalau ko bukan senior aku, dah lama aku lempang lempang ko.. haha (gelak jahat)

tapi itu semua kata hati kecil yang lebih banyak suka memberontak dalam diam saja.

*************************

dialog yang aku reka tu mungkin pernah dialami oleh sesiapa saja kan yang sekarang ni mungkin berada dalam sesebuah organisasi. heh, jangan tipu la kalau kata tak ada.

mungkin dalam minggu mesra pelajar ? mungkin..

aku benci gila dengan senior yang macam tu. nak aku hormat ? boleh blah. kalau nak orang hormatkan awak, awak kena la belajar hormatkan orang dulu. ni, asyik duk gertak gertak orang ja nak bagi takut. memang la aku takut. dan semakin membenci anda. haha aku jujur. dan bagi aku, keadaan ni langsung tak bagus dalam satu satu hubungan. senior patutnya buat junior hormatkannya bukan takutkannya.

ada beza ka hormat dan takut ni ? 
mesti la ada. kalau tak dak, buat apa aku nak buat entri ni ..(-_-')

hormat tu bagi aku, bila aku mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang. bila aku pandang tinggi kat dia, mesti la aku nak layan dia baik baik kan. mesti la bila aku jumpa dia, aku gi salam dia, sembang sembang dengan dia. ajak dia gi shopping sekali dengan aku. haha ^_^

takut pulak pada pandanganaku ialah bila aku rasa aku tak selamat dengan dia. silap cakap akan mengundang padah. hoho benci gila aku dengan perasaan macam ni.

bagi aku, hormat tu lebih penting. sebab bila orang hormat kita, bermaksud kita ni disanjung tinggi. tak menyakitkan hati orang lain.

jadi kenapa mesti wujudkan perasaan takut kalau kita boleh terapkan rasa hormat ?

ingin terbang bebas tanpa dibelenggu rasa takut!

keroro gouro : tak sabar nak jadik senior sebab orang kata boleh buli junior 0_o




wassalam :)

Sunday 21 August 2011

tidak perlu dihebohkan

as salam ..

period. aku rasa bulan bulan puasa ni, benda ni lah yang ditunggu tunggu oleh kaum hawa. tak perlu aku terangkan. mungkin sebab boleh makan pada siang hari, boleh tayang tayang makan dekat orang yang berpuasa. mungkin, itu lah keseronkan period, pada sesetengah kaum hawa.

tapi, apa yang aku lihat, kaum kaum hawa ni semakin tak reti erti malu. tak kan period pun perlu dihebohkan ?

facebook ?

" hip hip hoorey !! aku period! jangan jeles.. hehe "


blog ?

"yeah ! aku dapat cuti .." (sambil post gambar tengah minum atau makan )


hello.. malu la sikit kawan. benda dalaman kita kut. tak yah susah susah bagi tau dekat semua orang. atau, mungkin aku tersalah anggap. mungkin..

mereka hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan bersama orang lain. mungkin. ^_^


keroro gouro : salam ramadhan yang ke 21 :)


wassalam :)

Saturday 20 August 2011

bibik oh bibik

assalamualaikum ...

just layan... :)



bil telefon sebuah keluarga naik melambung. suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang..~
hallooo...~


suami : ini dah melampau. gunakan telefon sesuka hati. ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

isteri : saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

anak : oh sori, saya gunakan SMS saja. untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga..

bibik : jadi apa masalahnya ? semua orang gunakan telefon tempat bekerja. sama juga dengan saya!




keroro gouro : aku rasa macam nak pecat ja bibik ni .. -__-!


wassalam :)

hati yang berdarah

hati yang berdarah
tidak bisa dilihat oleh mata kasar
hanya mampu dirasai empunya diri

hati yang berdarah
walaupun telah sembuh
namun parutnya tetap ada
tidak akan hilang
buat selamanya...

hati yang berdarah
bisa mati
andai kata selalu terhiris
bak sembilu..



keroro gouro : tak berseni langsung puisi aku.. -_-!

wassalam :)

Sunday 14 August 2011

orang islam tak boleh murtad

hurm 2 3 hari nie kecoh pasal JAIS gi serbu sebuah gereja yang kononnya membantu golongan golongan melarat dan pesakit HIV dan AIDS... dan golongan golongan tersebut dikatakan terdiri daripada umat islam sendiri... nak tau lebih lanjut, boleh lah baca kat sini ...

dan dikatakan lepas dapat bantuan kat situ, kebanyakan mereka murtad ..?

macam mana boleh jadi macam nie ..?

lemah sangat ker akidah umat islam zaman sekarang nie..?

senang senang ja nak murtad...

tunggu dulu.... kita tak boleh nak salahkan mubaligh mubaligh kristian tue 100 peratus...



ok aku nak kongsi satu citer nie... nak tau jugak apa pendapat korang...

dalam sebuah kampung nie, ada la sebuah keluarga yang beragama kristian yang miskin lagi melarat... keluarga nie jenuh dah gi mintak bantuan kat NGO kristian la, kat kawan kawan dorang yang beragama kristian la, tapi langsung tak mendapat perhatian pihak pihak yang terbabit.... malah dorang telah dihina, dicaci dan dimaki semaki makinya..

lalu, pada suatu hari, datang sebuah badan  NGO islam , tanpa mengira bangsa dan agama, terus ditolongnya keluarga tersebut.. diberi bantuan makanan, pakaian dan duit belanja untuk meneruskan hidup...

keluarga kristian tersebut pon terharu la.. tak sangka kan, dalam dunia nie, masih ada lagi yang care terhadap dorang...

tak lama selepas tue, maka bertukarlah mereka daripada agama asal mereka iaitu kristian kepada islam....

kenapa dorang tukar agama..?

kerana dorang terharu dan tertarik dengan ajaran islam yang berbuat baik terhadap agama lain ...

ok dah habis citer... nak sama tak dengan apa yang berlaku tue..?

lagipun...

akidah memang tidak memerlukan duit..tapi untuk menjaga akidah memang perlukan duit andai kata iman kita senipis bawang....

salam ramadhan yang ke 14 :)
wassalam :)

Saturday 13 August 2011

aku suka cara pipah berfikir

________________________________________
assalamualaikum....
________________________________________


sedang asyik aku baca cerpen cerpen yang menarik kat penulisan2u tue, dengan tetiba, aku terklik satu cerpen yang aku rasa tajuknya besa besa ja la kan... tapi citer nya boleh tahan la... 

pasal suami nak kawen lagi or lebih tepat lagi dia nak pasang lagi satu la kan...

well poligami nie madu bagi lelaki, tapi maybe racun bagi perempuan..?


aku pon heran kenapa laki nie tak boleh setia pada yang satu hah ..?

dan kenapa perempuan mesti nak cepat melenting bila laki dia nak tambah cawangan lagi satu....

bak kata lec aku, suami nie just pinjaman jer...

so ikut suka dia la nak kawen bapa kan..

kita sebagai perempuan yang sopan tak patut marah marah..

kurang kurang boleh dapat payung emas kat syurga nanti... hehe

ok.. dalam citer tue, aku ada ter like satu part tue yang membuatkan aku sangat kagum dan kagum la kat perempuan tue...

part yang best...

bang ucop : pippy (nama manja isteri dia ) , abang ingat nak kawen lagi satu...

pipah : ooo, boleh..tapi kalau abang nak pippy sain surat kebenaran berpoligami, abang pon kena sain satu dokumen nie...

bang ucop : ok


tau tak dokumen apa yang pipah tue suruh laki dia sain..?

dokumen pindah milik rumah dorang yang sekarang nie la.. ada la rumah teres tiga tingkat kan... 

kurang kurang kalau terjadik apa apa lepas tue, misalnya laki dia nak ceraikan dia ka apa ka, at least ada la jugak backup kan...

aku suka cara pipah berfikir nie...

lelaki yang kawen lebih dari satu nie dikatakan hebat ker..?


lagipun, lelaki nie, time dia nak mintak kawen lagi satu, dia turutkan jer apa yang bini first dia mintak...

tue jer nak kongsi... 

notakaki : perempuan patut marah ker kalau suami dorang mintak nak kawen lagi satu..? apapon, aku suka cara pipah berfikir... hehe :)


wassalam :)

Monday 8 August 2011

jangan bagi kena cahaya matahari


________________________________________
assalamualaikum..
____________________________________________


apa khabar semua..?

KHABAR BAIK....

sihat..?

SIHAT........

apa khabar iman anda..? semakin tebal ke semakin nipis..?

SEMAKIN NIPIS.........

err...tak patut.. tak patut...

okeh.. kembali kepada tajuk... hari nie daku teringat something yang aku terbaca dalam majalah mana ntah.. so daku pon terasa la nak sharing sharing kat sini kan... something yang daku terbaca tue adalah mengenai pesanan seorang ayah kepada anaknya tentang tips tips nak berjaya dalam perniagaan... mana lah tahu kan, kalau suatu hari nanti daku mahu jadik bisneswomen yang berjaya, aku boleh lah guna tips tips nie.. heh heh

tapi kan pesanan tue dalam bentuk dialog... so daku pon nak buat dalam bentuk dialog jugak la...

drama sebabak : pesanan ayah

pada waktu subuh yang hening lagi damai, seorang ayah yang sedang nazak memanggil kedua dua anak lelakinya untuk memberi wasiat terakhir...

ayah : anak anakku, marilah ke sini.. ayah nak bagitau something nie...

abang dan adik : apa dia ayah..?

ayah : ayah akan meninggalkan perniagaan perniagaan ayah kepada kamu berdua... jadi ingat lah pesanan ayah nie... pertama, bila kamu nak pergi kerja tue, jangan la bagi diri kamu terkena cahaya matahari.. kedua, jangan meminta hutang kepada orang... yang tue ja ayah nak pesan..ayah dah nak mati nie..selamat tinggal..(si ayah terus menghembuskan nafas yang terakhir setelah mengucap dua kalimah shahadah)

sekadar gambar hiasan yang dijumpai dalam google image..


setelah itu, kedua dua beradik itu pon mewarisi perniagaan ayah mereka..

beberapa bulan kemudian, ibu mereka pon tergerak hati untuk melihat anak anaknya... macam mana lah hidup mereka...

setelah melawat anak anaknya, maka, terkejut lah sang ibu.. kerana kehidupan kedua dua anaknya jauh berbeza... si abang terus mencapai kejayaan , manakala si adik pulak dihimpit kemiskinan sehingga tiada lagi modal untuk dibuat berniaga... maka, hairanlah sang ibu tersebut...

maka, bertanya lah ibu tersebut kepada anak anaknya..

ibu : cer citer skit, macam mana hidup korang berdua nie jauh berbeza..? sorang berjaya tak hengat.. sorang lagi pulak miskin dekat nak papa kedana dah...

adik : bu, nie suma, arwah ayah punya pasal lah nie... arwah kata jangan bagi kena matahari time nak gi kerja, so, adik pon terpaksa la naik teksi nak pi kerja... banyak duit kena kuar tue.. huhu pehtue, arwah kata jangan minta hutang kat orang.. oleh sebab adik ingat pesan ayah tue, adik bagi la dorang berhutang tapi adik tak pernah pon mintak hutang kat dorang... so, adik takdak modal la nak tingkatkan perniagaan adik nie... sob sob sob

ibu : macam mana pulak dengan abang ?

abang : bu, pesanan ayah yang pertama tue, ayah suruh jangan bagi terkena matahari, so, subuh subuh lagi, saya keluar la gi kerja...oleh sebab kedai saya yang paling awal dibuka, maka, ramailah pelanggan saya...
pesanan ayah yang kedua pulak, jangan minta hutang kat orang.. saya pon pikir, kalau saya tak dapat nak minta hutang, baik saya tak yah bagi hutang.. dengan itu, takdak lah saya rugi...

ibu : hurm, wasiat yang sama, tapi penilaian yang berlainan...

begitulah kisahnya... sekian...

notakaki : sapa sapa yang nak jadik bisnesmen/women, boleh la ikut tips nie.. hehe insyaallah boleh berjaya... :)


wassalam :)

Friday 15 July 2011

kenapa aku, bukan dia ? apa salah aku ..?


Dengan Nama Allah


Assalamualaikum dan selamat hari jumaat kepada semua umat islam di seluruh dunia .. hehe


yang sebenar2nya la kan, kalau tengok tajuk kat atas tue, ianya tidak bermaksud bahawa aku nak buat sesi luahan kecewa ka apa, tapi just nak bagi motivasi sikit... al maklum lah, kadang2 aku suka berengan jadik pakar motivasi macam DR HM TUAH .. DATO FAZILAH KAMSAH ... sekadar berangan2 jer ... tapi tak pernah layak pon ... -_-


selalunya la kan, bila kita nie diulit satu2 kejayaan dalam hidup kan, kita mesti akan kata ...

"Alhamdulillah .. takdir Allah nie .. aku dah berusaha dah, dan aku layak mendapatkannya .. ! "

biasa kan kita dengar ayat macam tue kan ..?

tapi, macam mana pulak kalau kita ditimpa something yang buruk ..? macam dapat penyakit berbahaya ka ...

"apa salah aku .. selama aku hidup, aku tak pernah sakitkan hati orang, tapi nape aku dapat penyakit nie ... hhhuuuuuwwwaaaaaa ...."

nie lah fenomena kita pada hari nie, kita anggap tue takdir bila kita dapat kejayaan tapi bila kita hadapi kesusahan, kenapa kita takmau anggap tue takdir jugak ..? nampak sangat ke 'double standard' kannya di situ ...

kat sini aku nak kongsi satu citer pendek ... ambik pengajaran tau .. penat aku taip2 nie ...

suatu masa dulu, ada la sorang pemain tenis nie kan, tiap kali ada games ja, mesti dia menang ... dia selalu anggap kejayaan dia tue takdir dari Allah .. besa la kan, dalam games nie, kadang2 kita boleh menang, kadang2 kita boleh kalah .. ikut nasib la ... tapi lepas beberapa tahun, pemain tenis tue disahkan menghidap penyakit AIDS ... tau tak apa penyakit AIDS tue ..? tak tau ..? cepat2 la tanya pakcik google ye .. hehe ok sambung citer ... kenapa dia kena penyakit AIDS ...? dia dapat AIDS tue sebab time dia buat operation, doktor tersalah masukkan darah yang mengandungi HIV+ dalam badan dia .. sebab tue la dia dapat AIDS .. bukan sebab dia suka tukar2 pompuan ka, men cucuk2 ka ... bukan ...

mesti kita tertanya2 jugak kan, apa salah dia ..? peminat2 dia pon selalu tanya kenapa ..? kenapa ..? kenapa ..?

pemain tenis tue pon menjawab .. "dulu, waktu aku selalu menang, aku selalu anggap tue semua takdir Allah, tapi kenapa bila aku ditimpa penyakit nie, aku tak boleh anggap nie pon takdir dari Allah jugak ..? "

ok tamat citer.. paham tak ..?

pengajaran yang kita boleh dapat dari citer nie adalah ..,

*kita jangan cepat sangat nak berputus asa ...
*takyah la dok mengeluh sangat, nak salahkan diri walaupon tak buat salah... nanti kita akan rasa hidup kita nie macam tak bes ja..
*aku amek citer nie dalam drama JUVANA ... hahaha

ok, tamat sudah motivasi kita pada hari nie ... semoga berjumpa lagi dan selamat beramal ^_^
wassalam :)

Tuesday 12 July 2011

sebab kenapa budak ipt selalu kena tipu


Dengan nama Allah

dah lama aku nak buat citer pasal kes tipu menipu nie... sebab pengalaman mengajar aku macam mana nak tulis pasal benda nie ...hehe almaklum lah, dah setahun aku jadik budak u dan aku berpengalaman kena tipu sebanyak DUA kali .... sob333 ... dua2 melibatkan wang ringgit ...


okey, jom kita cek kenapa budak2 yang dikatakan cerdik nie selalu kena tipu ... cerdik la kan masuk u ... orang kata, bukan aku kata ... tak leh jugak nak nilai macam nie ...


ptptn ribu2
orang selalu ingat student2 u nie kaya2 sebab dapat ptptn ribu2... memang la kaya kan pada awal semester ja... las2 semester tue, aku rasa papa kedana dah...huhu... selalunya student2 nie nak kena tipu time awal2 semester la... aku rasa si penipu nie dah tau kot bila duit ptptn tue masuk kan, mula la rangka strategi pa semua nak tipu menipu nie...


terlalu mudah percaya cakap orang
nie aku rasa budak2 yang baru masuk u nie memang la kan, tak tau apa lagi, senag la nak kena tipu... tengok orang tue pandai cakap sikit, hensem/cantik sikit, mula la caya apa yang orang tue cakap... kawan aku pernah kena nie...kesian beliau .. kerugian ber k jugak la sebab kononnya beliau memenangi tikar percuma... namun itu semua dusta belaka ...


tak suka membaca
nie pengalaman salah sorang kawan aku jugak ... beliau mengisi borang tanpa baca syarat2 yang termaktub dalam borang tersebut ... akibatnya ...? terpaksa beli barang yang tak patut dibeli denga harga yang mencecah k jugak la ... kalau tak bayar, nama beliau akan di black list kan .... tapi tak boleh salahkan beliau jugak, sebab si penjual tue  macam paksa2 kan ... so, aku nak ingatkan, rajin2 la membaca erk...

nak mengumpul kekayaan pada usia yang muda
aku selalu jugak diajak oleh kawan2 aku untuk menyertai MLM ... ala paham2 sendiri la benda pa MLM nie ..aku bukan reti sangat pasal benda2 nie ... tapi sebab benda2 macam nie la ramai yang kena tipu kan ..? aku rasa kalau nak kaya tue, tak boleh la dengan jalan pintas2 nie ... baik guna jalan yang sedia ada sudah la ... lagipun, lec aku pernah pesan, time belajar nie, tak elok la duk menyertai MLM ka apa ka, baik tumpu study kan ..? pendapat masing2 k...


aku rasa macam banyak lagi ja sebab2 dia ... tapi buat masa sekarang, aku hanya dapat memikirkan 4 sebab ja ...hihi jadik la kan ... almaklumla lama dah aku tak update blog aku nie ....


kadang2 kena tipu nie ada hikmahnya .. misalnya macam aku la ..sekarang nie payah aku nak caya kat orang...

sapa yang ada pengalaman kena tipu tue, rajin2 la kongsi kat ruangan komen tue yea ^_^
wassalam :)

Friday 17 June 2011

simptom sebelum exam

dengan nama Allah

aku heran betol la dengan diri aku nie...asal nak exam ja, mesti simptom-simptom nie akan muncul tanpa diundang. antara simptom2 tersebut adalah seperti di bawah nie :)


1. nengok citer korea yang dah lama dicopy paste dalam laptop tapi belum ditengok2 lagi....bila free tak terasa nak tengok..tapi bila nak dekat2 exam, tiba2 muncul semangat yang membara untuk menghabiskan 20 episod drama korea dalam masa sehari....muahahaha ( aku try menghalang aktiviti nie dengan men 'delete' kan suma citer korea dalam laptop aku...takpa2 lepas exam, aku gi carik sponsor2 citer korea nie untuk aku copy paste balik...


2. main game budak2 macam plant and zombie, super mario...pergh aku dah lama tak main games...tiba2 dekat nak exam, bila aku terasa nak baca buku, games2 tue pon memanggil2 aku..."mai la keroro..cepat main la games nie...best..boleh release tension.." and guest wats..? aku terpedaya dan terus addict main games sampai aku tak sedar pagi ke petang nie..? siang ke malam nie..? (belum ada kekuatan untuk delete games2 nie sebab...sayang lorh )


3. baca novel cintan cintun. yang nie lagi satu hobi aku...minat membaca novel nie tak begitu ketara la sebelum exam tapi dekat2 nak exam saja...pergh!!! banyak pulak novel menarik tertawan yang aku jumpa kat bilik kawan2 aku... dan tanpa disuruh2 terus aku merajinkan diri meminjam novel2 tersebut...selagi novel tue tak abes aku baca, jangan harap aku nak tido...huhu aku boleh baca satu novel yang tebal2 dalam masa satu hari...haha ( cara aku nak menghalang minat yang memang dah sebati dalam diri aku nie adalah dengan mengurangkan perjalanan ke bilik kawan2 aku yang ada novel...senang citer, pura2 tak tau la novel best apa yang dia ada supaya aku dapat study dengan tekun )

aku rasa suma student akan mengalami simptom2 macam aku...so jangan terkejut la kalau result exam pon macam tak bapa best ja kan....haha

tak boley tak boley....kita kena berusaha untuk mengubah diri kita nie....mungkin sekarang tak elok kan sebab kita lalai kan...tapi nasib kita, masa depan kita kan ditentukan oleh diri kita sendiri...

mungkin sekarang tak elok, mana tahu kemudian boleh dapat dekan kan..? (aku sedang berangan2 mendapat dekan )

p/s : macam mana pulak dengan anda..? :)
wassalam :)

Tuesday 14 June 2011

andai aku seorang gengster

dengan nama allah

orang selalu kata muka aku nie muka baik, skema and innocent.. dorang cakap tak mungkin aku akan buat jahat...haha

tapi kan kalau lah satu hari nanti aku melakukan sesuatu yang maha dasyat, contohnya aku jadik gengster ke (walaupun aku tak suka aksi2 yang ganas), minah rempit ke (walaupun aku tak pernah menaikkan kedua2 tayar motor time bawak motor tue), apa2 ja lah kan yang ganas2 and brutal, apa perasaan dorang hah kalau tengok aku macam tue..? mesti terkejut tahap durian kan..? haha lawak ja...aku takmau la jadik jahat tapi kalau nakal skit2 tue nak buat macam mana kan...

persoalan aku kat sinilah kan, kalau muka seseorang itu baik, dia tak pernah buat jahat kah..?

macam mana pulak kalau muka seseorang tue nampak jahat dan ganas..? dia selalu buat jahatkah..? tak pernah buat baikkah..?

tak semestinya kan..?

masyarakat lani suka sangat menilai seseorang tue melalui luarannya...

aku banyak mengalami situasi yang macam nie, yang mana aku tengok seseorang tue garang dan mungkin jahat kot, tapi bila lama2 aku kawan dengan dia, aku rasa baik pulak...hehe tue la orang bilang, tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal, jadik rapat pulak...toing..toing..toing...

so, aku nak gitau kat sini lah, kita tak boleh nak pandang luaran seseorang tue saja, kita kena la kenal hati budinya...tapi jangan risau, walaupun muka aku nie nampak baik, tapi hati aku pon baik jugak...toing..toing..toing... :)
wassalam :)

Saturday 11 June 2011

organisasi rahsia

dengan nama Allah

kesian kat aku..tenet masih lagi tak mau sihat macam dolu2...

korang semua penah ter join tak mana2 organisasi rahsia kat tempat korang..? aku penah...sebenarnya aku terpedaya dengan promoter2 yang nak aku join organisasi nie kan...depa carik target2 yang bermata duitan macam aku nie...nasihat aku, janganlah sesekali gelap mata apabila anda mendengar anda akan memperolehi wang yang banyak apabila menyertai satu2 organisasi tue...

aku bukan saja2 nak nasihat nie tapi nie suma berdasarkan pengalaman hidup aku yang tak berapa nak best nie..

1st time aku diajak join organisasi nie masa minggu mesra pelajar...depa kata tiap kali aku pi 'meeting' , aku akan dapat la sekian2 duit kan...so aku yang gelap mata nie pon join la...konon2 nak mencabar diri aku. kadang2 aku suka jugak join benda2 yang mencabar nie....tapi akhirnya aku terpaksa berputih mata apabila duit yang dijanjikan akan menjadi milik aku sepenuhnya itu terpaksa dipotong2 untuk belanja2 lain2nya....sedih kan..?

bukan aku kata, katon tue yg kata...hehe


cuba bayangkan andai kata anda mendapat rm1000 (pendapatan kasar la nie) tapi duit tersebut terpaksa ditolak dan pendapatan bersih anda cuma lebih kurang rm300 la kan...contoh ja la nie...apa perasaan anda..?

aku tak rasa apa2 pon....(aku sedang menipu diri sendiri)

perkara2 seperti ini tak pernah diberitahu oleh promoter2 yang duk promote kat aku...aku tak sangka di sebalik keseronokan aku nak dapat duit rupanya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya...

tapi kini, aku tak mampu nak menarik diri dari organisasi nie sebab ... ada la sebabnya kan.. dah banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang aku habiskan walaupon aku sedar diri la yang sebenarnya tak dak la banyak mana sangat tenaga yang aku keluarkan tue...hehe

kawan2 seorganisasi rahsia aku nie pon aku dah rasa rapat2 dah...so ini suma menghalang aku dari terus melenyapkan diri aku dari organisasi rahsia nie...huu aku sedeh nie..:(

aku amat sedih sekali bila mengenangkan yang pada masa akan datang aku terpaksa pulak mempromosikan organisasi rahsia aku nie kepada budak2 yang innocent macam aku...

nampaknya depa terpaksa lah rasa menyesal macam yang aku alami sekarang nie....hahaha (gelak jahat)

p/s : sila jangan tanya aku apa itu organisasi rahsia...kihkihkih
wassalam :)

Tuesday 7 June 2011

satu hari yang....

dengan nama Allah


hari nie aku tak terasa nak buat apa2 pun...walaupun result sem lepas aku tak bapa nak cun tapi aku masih tak rasa nak buat apa2...

walaupun aku ada esimen yang perlu disiapkan dan due date nya minggu depan...aku masih tak buat apa2...silap, aku tipu...dah nak hampir siap pon esimen aku...cuma perlukan sentuhan2 terakhir dari aku ja...

walaupun aku terasa nak tulis entry yang bermanfaat..aku masih buat entry yang ntah apa2...

hari nie aku just jalan2 sambil berblog walking kat blog2 orang pehtue kalau aku rasa bes ja blog tue aku pon follow la...

time aku berjalan2 tadi, aku terjumpa lah blog sahabat2 aku ketika di sekolah menengah dulu....tiba2 rasa rindu pulak.. dah lama tak kontek depa...

ramai kawan2 aku masa kat sekolah menengah dulu pi mesir...tinggal aku sorang2 kat melaysia nie...lagi sekali aku tipu..banyak lagi yang duk malaysia tapi kenapa yang di mesir jugak yang dirindui..? haha

sebenarnya aku pon taktau apa yang aku tengah merepek nie :)

hehe sapa rasa aku ada bakat melukis..?
tengok la gambar kat atas tue..penat tau aku lukis...lawa tak..?
wassalam :)

Monday 6 June 2011

down

dengan nama Allah

patut la dari tadi aku asyik nak buat entry sedih-sedih...

aku baru terima satu berita yang aku rasa semua student mesti rasa sedih macam aku kalau dapat berita nie...
result sem lepas dah dapat..bukan dah dapat tapi aku check guna sms..

pergh teruk! lagi teruk dari sem sebelumnya...sem sebelum tue pun aku dah teruk.. nie lah bahananya aku main-main...aku tak sangka....

down doh...kalau korang jadik aku pun mesti down kan....lain la kalau korang takdak perasaan..

kesian kat abah ngan mak aku...penat-penat hantar aku ngaji kt ukm nie..banyak duit dah habis tapi ... aku telah mengecewakan depa dan jugak diriku...

tapi jangan risau, aku masih waras... aku masih belum sampai ke tahap nak bunuh diri lagi...

ok, masa untuk pulun ngaji habis-habisan!

membaralah semangatku agar aku bisa berjaya!


dats me!!!

wassalam :)

mayat tanpa kepala ditemui di asrama perempuan

dengan nama Allah

xmau buh gambaq mayat kucing tanpa kepala...seram..~

UKM : beberapa hari lalu, seorang seekor mayat kucing tanpa kepala telah ditemui berhampiran blok penginapan pelajar-pelajar perempuan yang boleh dikatakan ada yang kiut ada yang tak. arwah dikatakan telah bergaduh dengan seekor anjing (rasa macam sekor ja tapi tak tau la kan kalau ada banyak ekor) yang memang telah lama menjadi penghuni tetap di UKM nie... anjing tersebut dikatakan telah membaham kepala kucing itu sehingga menjadikan mayat kucing itu nampak sangat mengerikan. punca pergaduhan tidak dapat dikenal pasti.

sehubungan dengan itu, tukang kebun kolej kediaman tersebut dinanti-nantikan oleh semua warga blok tersebut termasuk penulis kerana hanya tukang kebun saja yang mampu kambuih mayat tue. penulis pon tidak mampu berada lama-lama dalam bilik penulis kerana bau itu sudah meresap memasuki bilik penulis...sudah hampir separuh botol perfume penulis yang telah dibazirkan untuk menyembur bilik tatkala penulis tak tahan dengan bau tersebut...
kenapa perlu bergaduh..? cubalah berkawan baik skit..~

jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar arwah kucing tersebut berada di kalangan hambaNya yang soleh dan solehah (lagi sekali jantina kucing itu tidak dapat dikenal pasti).. walaupun penulis tidak meyukai kucing, tapi penulis lagi tak suka anjing yang suka makan kepala kucing tue... kejam sungguh! haiwan pon merupakan makhluk Allah di dunia nie... memang la kan cara depa beribadat kat Allah berbeza ngan kita tapi tujuan dia tetap satu, sama macam kita la kan.. nak carik keredhaan Allah...

berita dilaporkan oleh : cik keroro gouro

tiba2 teringat cerita catdog yang aku slalu tgk kt tv tue...err ada kaitan x..?

wassalam :)

Sunday 5 June 2011

bosan la

dengan nama Allah

"bosan la ari nie, tenet lembab ... takleh nak update blog, takleh nak ber fb ... takleh tue .. tak leh nie..."

"bosan la .. ari nie takde nak buat apa.. asyik duk dalam bilik ja .. jom lepak kat i city..? "

"bosan la.."

"bosan la.."

ya aku mmg dlm zon bosan...


perasan atau tidak, dalam kehidupan seharian kita nie sering kali kita asyik duk ungkap perkataan bosan nie...kenapa kita selalu guna perkataan nie..? of coz la kan kita berada dalam zon jemu kan.. sama la macam aku la ni...aku la ni sedang berada dalam zon bosan...

nak tenet laju2..huhu


sebenarnya kan perkataan bosan nie hanya wujud dalam kehidupan orang yang kosong jiwanya .. adakah ini  bermakna jiwa aku sedang mengalami kekosongan ..? oh tidak..!! namau namau kosong kosong jiwa nie... cepat cepat.. sila penuhkan kembali jiwa anda ..:)

sebab apa jiwa kita kosong ..? jiwa kita kosong sebab kita selalu mendambakan hiburan.. tau tak apa itu hiburan..? hiburan adalah satu bentuk keseronokan..hehe memang la kan hiburan tue fitrah tuk kita yang bergelar manusia nie.. kalau la hiburan tue bukan fitrah, tak la muncul program program lawak macam maharaja lawak ka ( err aku pon layan gak ML nie..:P ) .. banyak lagi la kan..

sebenarnya apa tujuan kita dihidupkan di dunia nie hah..? adakah semata mata untuk mencari hiburan..? oh no...tidak sama sekali...kita nie dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kat Allah..sebab tue la kalau orang yang memperkayakan hidup dia dengan amalan amalan yang mendekatkan dirinya dengan PenciptaNya, dia tak pernah rasa bosan.. 

skrg sy dlm mood insaf..anda bila lagi..?


cer try check banyak tak amalan yang kita buat tuk dekatkan diri kita ngan Pencipta kita..? kalau banyak mesti la kita tak rasa bosan kan...hurm *mengeluh*

nampaknya aku pun 2x5 jugak la...sebab tue aku asyik rasa bosan ja..tambah tambah bila tenet ada problem...so masa sekarang la kita nak cuma ubah diri kita untuk jadik lebih baik...

jom jom  kita mengkayakan jiwa kita...:)

wassalam :)

Thursday 2 June 2011

sedih punya pasal

dengan nama Allah

memandangkan hari nie aku takdak nak story pape so, aku terasa nak kongsi satu citer sedih nie...sobsobsob

enjoy dis story...~

silalah kita nangis sama2...wuaaaa


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?


si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita

lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,
dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA 



huahahaha lawak2..lawak bebenor citer nie :)






hahaha korang rasa lawak tak..? 
tak lawak..?
hahaha aku tak kesah pon korang rasa lawak ka tak..janji aku rasa lawak..hehe


so, mari kita kist kan pengajaran yang boleh kita amek dari cerita nie



  1. lebih baik pilih rumah atas tanah..tak gaduh susah susah nak panjat tangga kalau lif takleh guna..hehe
  2. cerita sedih dapat memberi motivasi kat kita....so, selalulah citer benda benda sedih...(tapi aku suka citer yang hepy hepy)


hurm sebenarnya aku pun tak tau nak bagi pengajaran pa pasal citer nie..hehe


p/s: agak agak korang la kan, apa yang kawan kawan si C tue buat kat dia lepas dengar sejarah hidup dia tue..hehe :)
wassalam :)

Wednesday 1 June 2011

kucing oh kucing

dengan nama Allah

rasa macam dah lama pulak tak update blog nie..apakan daya mr.W buat hal pulak....buat buat takdak pulak kat kolej aku tue...sadis sungguh....disebabkan mr.W buat hal, esimen aku tertangguh...kononnya lah kan padahal aku suka buat las minit...haha

kucing nie berpura pura comey...sila jangan percaya....dia ada  niat tak baik..haha
ok entry kali nie pasal kucing pulak..korang suka kucing tak..? aku..? sah dan kompomnya aku tak suka ngan makhluk sekor nie...tapi walaupun aku tak suka kucing kan, aku tak pernah lagi la dera dia, pukul pukul dia...dosa tau...

nie lah bukti bahawa aku x pernah dera kucing..haha

walaupun kucing yang perasan comey nie asyik membuang kat tepi bilik aku ja, aku tetap tak benci dia (cuma kadang kadang terasa gak la nak tamatkan riwayat hidup dia)..haha bukan apa, kucing tue dia suka membuang time ujung minggu..time makcik makcik cleaner cuti...kalau aku tak buang, bau bauannya yang sangat 'wangi' semerbak haruman tue kompom kompom lah akan menceroboh masuk ke bilik aku walaupun benda alah tue ada kat luar bilik aku ja...so terpaksa lah aku rela dalam paksa buang benda alah tue...hanya Allah saja yang tahu betapa aku terseksa di kala itu...masuk kali nie, dah tiga kali dah dia membuang kat tepi bilik aku...huhu kill u kucing...kill u...(sila jangan tiru perangai aku)


tapi dia kejam....dia nak jadi askar..nak memerintah aku..huhu



kawan aku pernah la cadangkan supaya aku letak lada hitam kat tempat dia membuang tue, tapi aku tak pernah try gi cadangan kawan aku tue..hihi selalu terlupa nak beli lada time kuar shopping...nak tengok gak la keberkesanan cadangan kawan aku tue...kawan aku kata, kalau sekali kucing tue membuang kat tempat tue kan, dia akan buang lagi kat situ...kononnya dia da cup la tempat tue sebagai toilet dia...sedap sedap ati dia ja nak cup tepi bilik aku buat toilet dia...ggrrr....geram nie...!

ketua kucing kata ada spy..mana..? mana..? mana..?


so, kat sini aku just nak katakan la bahawa makhluk sekor tue suka membuang kat tepi bilik aku....haha

apa pengalaman korang ngan makhluk bernama kucing...?
wassalam :)