Friday, 17 June 2011

simptom sebelum exam

dengan nama Allah

aku heran betol la dengan diri aku nie...asal nak exam ja, mesti simptom-simptom nie akan muncul tanpa diundang. antara simptom2 tersebut adalah seperti di bawah nie :)


1. nengok citer korea yang dah lama dicopy paste dalam laptop tapi belum ditengok2 lagi....bila free tak terasa nak tengok..tapi bila nak dekat2 exam, tiba2 muncul semangat yang membara untuk menghabiskan 20 episod drama korea dalam masa sehari....muahahaha ( aku try menghalang aktiviti nie dengan men 'delete' kan suma citer korea dalam laptop aku...takpa2 lepas exam, aku gi carik sponsor2 citer korea nie untuk aku copy paste balik...


2. main game budak2 macam plant and zombie, super mario...pergh aku dah lama tak main games...tiba2 dekat nak exam, bila aku terasa nak baca buku, games2 tue pon memanggil2 aku..."mai la keroro..cepat main la games nie...best..boleh release tension.." and guest wats..? aku terpedaya dan terus addict main games sampai aku tak sedar pagi ke petang nie..? siang ke malam nie..? (belum ada kekuatan untuk delete games2 nie sebab...sayang lorh )


3. baca novel cintan cintun. yang nie lagi satu hobi aku...minat membaca novel nie tak begitu ketara la sebelum exam tapi dekat2 nak exam saja...pergh!!! banyak pulak novel menarik tertawan yang aku jumpa kat bilik kawan2 aku... dan tanpa disuruh2 terus aku merajinkan diri meminjam novel2 tersebut...selagi novel tue tak abes aku baca, jangan harap aku nak tido...huhu aku boleh baca satu novel yang tebal2 dalam masa satu hari...haha ( cara aku nak menghalang minat yang memang dah sebati dalam diri aku nie adalah dengan mengurangkan perjalanan ke bilik kawan2 aku yang ada novel...senang citer, pura2 tak tau la novel best apa yang dia ada supaya aku dapat study dengan tekun )

aku rasa suma student akan mengalami simptom2 macam aku...so jangan terkejut la kalau result exam pon macam tak bapa best ja kan....haha

tak boley tak boley....kita kena berusaha untuk mengubah diri kita nie....mungkin sekarang tak elok kan sebab kita lalai kan...tapi nasib kita, masa depan kita kan ditentukan oleh diri kita sendiri...

mungkin sekarang tak elok, mana tahu kemudian boleh dapat dekan kan..? (aku sedang berangan2 mendapat dekan )

p/s : macam mana pulak dengan anda..? :)
wassalam :)

4 comments:

nohoho =) said...

haa..betol tu...time nak exam la best buat bende2 camni

cik azeya said...

ahaha. samelahhhhh. geram! time nak pekse, macam macam godaan datang.

sabar je lah.

T_T

Mohd Yusuf said...

lebih kurang sama saja adik beradik nie....hahahaha

ain revival said...

hahaha..selalu buat yang no 1..lepas subuh baru tido nk abeskan citer tuh~haha