as salam
aku xsuka binatang yang berbulu2 macam kucing sebab dia suka manja2 ngan aku. gesel2 kat kaki aku. aku geli. aku tau. kalau kucing suka dekat2 kat seseorang tue, maknanya dia baik. ya. aku memang baik. muahahahaha. dan aku sorang yang penyayang. sebab apa aku kata aku sorang yang penyayang? sebab aku bela ikan. yey!
ikan peliharaan pertama. ikan guppy |
ikan pertama yang aku bela ikan kapi. aku suka tengok ekor dia yang cantik2. aku beli 7 ekor rm4 kot. xingat. balang tue ntah dari mana aku rembat. malas nak beli akuarium. bazir. tak lama kemudian ikan tue pon mati sekor demi sekor. xtau la pasaipa. aku sedih la jugak. tapi minat harus diteruskan.
ikan kedua. ikan black molly |
kemudian aku beli ikan baru kat kedai haiwan. sekor singgit. aku beli dua ekor. jantan betina. motif beli ikan nie sebab aku rasa menarik kaler dia warna hitam. macam gengster. aku pon panggil ikan nie ikan samseng. masa nie aku mula beli batu warna warni, pokok tiruan. masih guna balang yang sama. ikan nie aktif oo. pantang aku bagi makan, rebut2 ja kejanya. kebulur tahap gaban. tak lama kemudian, beliau pon mati. juga tidak diketahui puncanya. rasanya aku sedih jugak kot.
kali ketiga. masih black molly |
kali ketiga aku beli ikan. masih kat kedai yang sama. tapi kali nie upgrade sikit. aku beli akuarium dan batu2 yang warna warni lagi cantik. akurium kecik je. bela ikan kecik ja. hoho. abaikan ayat aku sebelum nie yang kata beli akuarium tue bazir. aku beli ikan jantan sekor dan betina 3 ekor. dengan harapan dapat tengok dorang nie beranak. ikan nie bukan spesis bertelur mengikut apa yang aku reserch melalui internet. namun akhirnya harapan hanya tinggal harapan. dorang mati sekor demi sekor. aku rasa mesti kes rebut ikan jantan sekor nie. xreti nak berbaik langsung madu2 nie.
ikan swordtail |
ikan terakhir setakat nie adalah ikan swordtail. aku beli kat apek cina pasar malam. aku rasa dia comel. aku beli la. kat ekor dia macam ada pedang gitu. yang ada pedang tue jantan, yang xdak pedang tue betina. macam mana aku tau? google la..hoho. tengok ikan tue malu2 pulak aku nak tangkap gambaq. sah betina tue. rumpai tue aku amek kat rumah time balik kampung cuti raya haji. so, xyah la aku kasi dia makan. tapi dia mati jugak akhirnya. punca, aku letak air masak sebab malas nak gi amek air kat toilet. rasa bersalah. maafkan aku ikan.
akhirnya akuarium aku sunyi tanpa penghuni. mungkin satu hari nanti akan berisi.
ok. next entry :)