Monday 2 January 2012

doktor gigi

hanya ini yang mampu dihadam malam nie..hukhukhuk
sangat loser rasanya bila duduk di depan laptop sambil mengunyah ngunyah maggi tomyam sambil membayangkan aku tengah makan nasi goreng kampung dan tomyam dekat kafe kolej. sedang asyik aku mengunyah ngunyah, aku terpandang post pingu dekat wall aku yang mengatakan wak kafe goreng goreng tu telah membuka kaunter masakannya pada hari nie. persoalan aku di sini. kenapa mesti hari nie wak? kenapa? tiap tiap malam saya menderita kelaparan nasi tapi yang saya boleh dapat hanyalah maggi. malam kelmarin maggi kari, semalam maggi goreng, malam nie pula maggi tomyam. bukan niat saya taknak menjenguk wak malam nie, tapi saya tak boleh bergaya segaya gayanya pada malam malam tertentu. kalau tak, hidup saya mesti dalam ketakutan. pandang kanan, pandang kiri, pandang atas, pandang bawah. takut terserempak dengan manusia manusia yang tidak saya raikan kehadirannya. haha.

sebenarnya, isi kandungan karangan aku pada hari ini tidak ada kaitan langsung dengan intro yang aku mulakan di atas. padanlah time spm dulu bm aku sipi sipi saja. rupanya inilah puncanya. bila duduk berseorangan di bilik yang kemas lagi teratur nie, aku mula teringatkan zaman kanak kanak aku dulu. walaupun kurang jelas, tapi masih ada lagi memori memori suka dukanya. memori aku dengan doktor gigi. aku benci doktor gigi. bagi aku, semua doktor gigi tak boleh dipercayai. mereka sangat pakar dalam bab bab menipu kanak kanak yang lurus bendul dan lemah lagi tidak berdaya macam aku nie.

ceritanya bermula bila aku masih di darjah satu. hari tue doktor gigi beserta dayang dayangnya datang ke sekolah. pada waktu tue, aku sangat excited nak jumpa doktor gigi. tak takut pun macam kanak kanak ribena yang lain yang sebaya denganku. tapi, setiap kali ada member memberku yang keluar dari bilik yang dihuni oleh doktor gigi tersebut, aku lihat muka mereka kemerahan, mata mereka berair dan mereka meraung raung kesakitan. aku kebingungan. hati aku mula cuak.

hurm agak comel jugak aku masa kecik kecik dulu..hehehe  (sekadar gambar hiasan)


tiba tiba namaku dipanggil tanda giliran aku sudah sampai. walaupun cuak, aku dengan langkah yang penuh gaya sambil menyembunyikan ketakutan aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. aku lihat doktor gigi itu tersenyum sinis memandang aku. okey, adik boleh baring atas kerusi tue ye-doktor. aku hanya mengikut. okey nganga mulut ye adik, doktor nak tengok ada ulat ke tak-doktor. tiba tiba aku rasa tak sedap hati apabila melihat di tangan doktor tue macam ada sesuatu yang nampak seperti senjata tajam. entah la. pemikiran aku pada waktu itu tak dapat mencerna apa apa. yang aku tahu, aku harus menyelamatkan diri dari doktor gigi ini. aku mengambil keputusan tidak mahu mengikuti apa yang disuruh oleh doktor tersebut. aku diam. aku tutp mulut. aku tak kan sesekali merelakan gigi aku dicabut oleh doktor tersebut. puas doktor gigi dan dayang dayangnya memujuk aku supaya membuka mulut. kanak kanak rebina masih ramai di luar.

tidak lama kemudian, doktor gigi tue pun berkata padaku. nak gula gula tak? kalau nak kena buka mulut-doktor. aku yang telah dirasuah dengan gula gula itu dengan pantas terus membuka mulutku dan tiba tiba kapas yang besar dan bergulung tebal dimasukkan ke dalam mulut aku bagi mengelakkan aku daripada menutupnya kembali. dan dengan tidak berperikemanusiaan, doktor tersebut telah melihat lihat gigiku dan telah menyuntik gusiku dengan cecair pembius. mulutku rasa kebas. dan tebal. bagai disengat tebuan. mungkin macam bibir angelina jolie. mungkin. setelah dibius, gigiku telah dipalam. mungkin sebab banyak ulat kot. hahaha. tapi aku tidak merasa sakit akibat kesan bius itu. okey, dah selesai. macam tue la budak baik-doktor. aku pandang muka doktor gigi tersebut dengan pandangan yang penuh dengan kebencian dan kedendaman. nama saja dah dewasa tapi masih nak menipu kanak kanak kecil yang tidak berdosa sepertiku.

aku berimaginasi


sejak dari hari itu, aku berazam akan menjaga gigiku dengan elok agar tidak perlu aku berjumpa dengan doktor gigi yang pandai bermuka muka tue. dan alhamdulillah, sejak kejadian tersebut sehingga sekarang, aku tak pernah lagi berjumpa dengan doktor gigi. hahaha





wassalam :)

5 comments:

Anonymous said...

pingu kedek kedek pulak....aish, mana perginya katak?

KG said...

nama katak tlh dicurik..!!

leeloo3173 said...

kehkehkeh...awat xmeloncat ja tros~

Anonymous said...

slam..
pinggu kedek2..
sedap nama tu

KG said...

missmuss : dah ada dah makhluk yg meloncat..

ariesyah : tgk org la..haha