Monday 31 December 2012

pengalaman bela ikan

as salam

aku xsuka binatang yang berbulu2 macam kucing sebab dia suka manja2 ngan aku. gesel2 kat kaki aku. aku geli. aku tau. kalau kucing suka dekat2 kat seseorang tue, maknanya dia baik. ya. aku memang baik. muahahahaha. dan aku sorang yang penyayang. sebab apa aku kata aku sorang yang penyayang? sebab aku bela ikan. yey!


ikan peliharaan pertama. ikan guppy

ikan pertama yang aku bela ikan kapi. aku suka tengok ekor dia yang cantik2. aku beli 7 ekor rm4 kot. xingat. balang tue ntah dari mana aku rembat. malas nak beli akuarium. bazir. tak lama kemudian ikan tue pon mati sekor demi sekor. xtau la pasaipa. aku sedih la jugak. tapi minat harus diteruskan.

ikan kedua. ikan black molly

kemudian aku beli ikan baru kat kedai haiwan. sekor singgit. aku beli dua ekor. jantan betina. motif beli ikan nie sebab aku rasa menarik kaler dia warna hitam. macam gengster. aku pon panggil ikan nie ikan samseng. masa nie aku mula beli batu warna warni, pokok tiruan. masih guna balang yang sama. ikan nie aktif oo. pantang aku bagi makan, rebut2 ja kejanya. kebulur tahap gaban. tak lama kemudian, beliau pon mati. juga tidak diketahui puncanya. rasanya aku sedih jugak kot.

kali ketiga. masih black molly

kali ketiga aku beli ikan. masih kat kedai yang sama. tapi kali nie upgrade sikit. aku beli akuarium dan batu2 yang warna warni lagi cantik. akurium kecik je. bela ikan kecik ja. hoho. abaikan ayat aku sebelum nie yang kata beli akuarium tue bazir. aku beli ikan jantan sekor dan betina 3 ekor. dengan harapan dapat tengok dorang nie beranak. ikan nie bukan spesis bertelur mengikut apa yang aku reserch melalui internet. namun akhirnya harapan hanya tinggal harapan. dorang mati sekor demi sekor. aku rasa mesti kes rebut ikan jantan sekor nie. xreti nak berbaik langsung madu2 nie.

ikan swordtail

ikan terakhir setakat nie adalah ikan swordtail. aku beli kat apek cina pasar malam. aku rasa dia comel. aku beli la. kat ekor dia macam ada pedang gitu. yang ada pedang tue jantan, yang xdak pedang tue betina. macam mana aku tau? google la..hoho. tengok ikan tue malu2 pulak aku nak tangkap gambaq. sah betina tue. rumpai tue aku amek kat rumah time balik kampung cuti raya haji. so, xyah la aku kasi dia makan. tapi dia mati jugak akhirnya. punca, aku letak air masak sebab malas nak gi amek air kat toilet. rasa bersalah. maafkan aku ikan. 

akhirnya akuarium aku sunyi tanpa penghuni. mungkin satu hari nanti akan berisi.

ok. next entry :)





wassalam :)

bulan sembilan

as salam..

fuh satu sem nie aku tak karang satu entry pon... biasa la.. sebagai seorang student yang sedaq dirinya dalam final year, masa itu amat terhad.. perlu digunakan untuk perkara2 yang berfaedah.. main game, baca novel..fuh banyak rupanya perkara yang berfaedah aku kena buat. sebab dah lama xnulis, aku decide nak taip kronologi yang terjadik kat aku sepanjang 1 sem nie..

bulan 9 sem baru stat. sebelum tue aku ada amek short sem.. cuti x selama kawan2 aku la.. orang cuti 2 bulan , aku 2 minggu ja.. sunyi. sangat sunyi kat kolej aku nie.. tapi alhamdulillah, amek short sem kali nie amat berbaloi.. hahahaha walaupun xdapat 4 flat (berangan) tapi result aku naik mendadak2. mengatasi kesedihan dan kepiluan hatiku bila terima result sem lepas.

gud2 ^_^


latihan tut tut pon tiap2 minggu ada. xsempat nak rindu pon. dah naik meluat aku ngan latihan tut tut. nasib baik dah nak habis.. hoho dapat junior baru yang kerek + belagak. xsedaq diri kata junior.. BOOO BOOOO

dah naik senior. tapi tidak pernah mempunyai pengalaman mendera junior.. nak pengalaman tue.. sob3 penat aku menahan rasa 3 tahun nie semata2 nak balas apa yang senior2 lepas buat kat aku tapi. tapi.tapi. ok aku senior baik.

taip banyak xguna, tunggu next entry.

wassalam :)