Monday 30 April 2012

isu siswa siswi

as salam..

yeah tetiba rajin nak tulis banyak post malam nie.. walaupun tak panjang...

tadi aku ada la berdebat dengan seorang student nie pasal isu2 dekat U la kan... kisahnya bermula bila ada salah satu parti post pasal bersih.. lepas tue, ada la seorang perempuan nie dia komen kata,

"kenapa mesti nak sibuk hal luar? kat dlm u nie byk lagi isu kebajikan pelajar yg xselesai2 mcm denda sebab lewat daftar la, lewat bayar yuran la, dan macam2 denda lagi la yang membebankan pelajar.. kafe pon letak harga mahal. student mana mampu nak bayar.dah la takde pendapatan.."

lebih kurang macam tue la.. aku malas nak printscreen dialog2 tue semua.. tak best..hahaha n then aku pun jawab la komen dia tue..

"ala kalau taknak kena denda, daftar la awal2. kita kan dapat ptptn, takpun jpa.. bayar la yuran tue.. kalau kafe letak harga mahal, boikot la ramai2.."

tengok la aku yang suka ambil ringan semua masalah..hahaha ok sambung dialog balik.. dia pun balas la..

"tak semua student ada penaja. kalau dibuat kajian, ramai yang takde penaja termasuk la saya sendiri. kafe murah jauh. terpaksa la ke kafe yang mahal. jadi pergerakan mahasiswa di u patut ambil tindakan terhadap masalah ini!"

sebenarnya dialog dia takde la sependek yang aku tulis tue.. hihi dia punya ayat lagi membara la.. pelik jugak aku, rupanya ramai yang takde penaja. susah la kan kalau hidup dekat u nie takde penaja. aku pun jawab la..

"ooo taktau pulak ramai yang takde penaja. awat tak minta ptptn? tak pun zakat ke? boleh bantu ringankan sikit beban kewangan."

konfius jugak aku. rasanya kat u banyak ja bantuan kewangan kepada pelajar yang ada maslah kewangan nie.. bagi aku ptptn pun dah cukup dah kalau aku kurangkan tabiat shopping aku.. hehe ptptn tak cukup sebab aku rajin bershopping.. kalau setakat yuran tue, 1/3 saja.. lagi 2/3 belanja harian aku.. ops lupa, dialog tak habis lagi..

"saya tak ambil ptptn sebab saya taknak dibelenggu dengan masalah hutang."

aku rasa semua orang pun tak suka jugak hutang2 nie. aku pun tak suka. tapi nak buat macam mana bukan berasal dari keluarga yang kaya raya.. huhu jawapan aku terhadap beliau..

"saya pun tak suka jugak hutang2 nie tapi nak buat macam mana nak hidup kat u nie perlukan duit.. tapi kan kalau kita dapat 1st class, kita tak payah nak bayar hutang2 ptptn tue semua.. kena rajin ja.."

dia pun balas..

"berapa ramai yang akan dapat 1st class? saya tak berani ambil risiko.."

pandai dia balas.. ada saja hujah dia..

"sebab tue la ptptn diwujudkan.. untuk bantu golongan yang kurang upaya untuk belajar bersungguh2 supaya pinjaman tue bertukar menjadi biasiswa.."

pandai jugak aku menjawab kan? hihihi bukan apa.. aku rasa alasan2 dia tue banyak yang tak logik.. kalau tengok statistik pelajar yang ambil ptptn dan dapat 1st class dan tak perlu bayar ptptn nie banyak.. tapi banyak chiness la.. melayu da la berapa kerat ja.. aku pun tak rasa la aku nie akan dapat 1st class..

kalau tengok orang dulu2 pun nak mengaji kat u ada yang sampai kena gadai tanah la, rumah la.. baru la terasa nak belajar rajin2..

ok dah taktau nak cakap apa..

xsuka interest dia..mahal..huhu




wassalam :)

2 comments:

leeloo3173 said...

ngahahahahaa.....
pompuan tue bnyk bagi alasan lak...
diri sendiri yg xmo berusaha...
buat mcm2 alasan....
risiko la sgt kn kalau amek ptptn tp xmo belajar bersungguh-sungguh...
nmpk sgt malas belajar :P

KG said...

tue la yg aku maksudkan...bukannya org xdak bg alternatif ka apa ka..xmo amek ptptn, zakat ada...