Wednesday, 24 August 2011

hormat dan takut. mana lebih penting ?

as salam..

senior : hei junior. ko takut kat aku tak ? (dengan muka bangga riak gila )

junior : ( dengan terketar ketar lutut ) ta..takutt kak.. 

tapi dalam hati junior...
ceh.. ko ingat ko hebat sangat sampai aku kena takut dengan ko.. kalau ko bukan senior aku, dah lama aku lempang lempang ko.. haha (gelak jahat)

tapi itu semua kata hati kecil yang lebih banyak suka memberontak dalam diam saja.

*************************

dialog yang aku reka tu mungkin pernah dialami oleh sesiapa saja kan yang sekarang ni mungkin berada dalam sesebuah organisasi. heh, jangan tipu la kalau kata tak ada.

mungkin dalam minggu mesra pelajar ? mungkin..

aku benci gila dengan senior yang macam tu. nak aku hormat ? boleh blah. kalau nak orang hormatkan awak, awak kena la belajar hormatkan orang dulu. ni, asyik duk gertak gertak orang ja nak bagi takut. memang la aku takut. dan semakin membenci anda. haha aku jujur. dan bagi aku, keadaan ni langsung tak bagus dalam satu satu hubungan. senior patutnya buat junior hormatkannya bukan takutkannya.

ada beza ka hormat dan takut ni ? 
mesti la ada. kalau tak dak, buat apa aku nak buat entri ni ..(-_-')

hormat tu bagi aku, bila aku mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang. bila aku pandang tinggi kat dia, mesti la aku nak layan dia baik baik kan. mesti la bila aku jumpa dia, aku gi salam dia, sembang sembang dengan dia. ajak dia gi shopping sekali dengan aku. haha ^_^

takut pulak pada pandanganaku ialah bila aku rasa aku tak selamat dengan dia. silap cakap akan mengundang padah. hoho benci gila aku dengan perasaan macam ni.

bagi aku, hormat tu lebih penting. sebab bila orang hormat kita, bermaksud kita ni disanjung tinggi. tak menyakitkan hati orang lain.

jadi kenapa mesti wujudkan perasaan takut kalau kita boleh terapkan rasa hormat ?

ingin terbang bebas tanpa dibelenggu rasa takut!

keroro gouro : tak sabar nak jadik senior sebab orang kata boleh buli junior 0_o




wassalam :)

15 comments:

Qaseh dalia adelia said...

mmg berbeza hormat dan takut

hormat ni org akan igt ,takut ni org akan benci

Yusuf said...

bagi aku sama je... nk hormat kena takut dulu....takut tu mesti ada...kalau tak takut, nanti tak hormat plak....haahha

Ariesyah said...

salam...hmmm. senior tu nak menunjukkan dia tegas kat junior dia...nanti junior buat keja lewa plak...

Encik JI said...

kalo stkt tegas, leh melawak , ok je.

tp kalo dpt yg serius je, senyum pn susah, pastu tnjuk kepala smseng dia, mka kluarlah ayat2 di atas tu. haha

asy faro said...

aku dulu penah takot ngn senior, sbb mereka ade yg jahat...
but then, aku cuba buat junior hormat aku bukan takotkan aku, mean that aku xnak balas dendam...

btw, terima kasih tau sbb sudi lawat blog aku!!!=D

keep in touch!

keroro gouro said...

qaseh dalia adelia : ha ah setuju ngn anda...sgt berbeza :)

keroro gouro said...

yusuf : bg aku xsama.. takut tue sbb org tue garang... hormat tue sbb org tue berwibawa :)

keroro gouro said...

ariesyah : nk tunjuk tgas pon ada caranya... xperlu nk riak bgai sbb da jadik senior :)

keroro gouro said...

encik ji : setuju ngn anda...
tp nk wat cmna.. ramai senior mcm tue.. haha

keroro gouro said...

asy faro : haha sem depan aku da dpt junior... aku xpasti la junior aku nak hormat aku ataupon nak buli aku... haha
sama2..da ang mai melawat blog aku, xkan aku nak sombong xmo gi melawat blog ang pulak kan :)

Syuxer said...

bila sesi suai kenal jadi camni, x tercapai objektif untuk eratkan hubungan silaturrahim..tak heranla ada kes junior tak respek senior..senior berlagak gila la..hehe

keroro gouro said...

syuxer : yup setuju dgn anda :)

Encik JI said...

biasala tu. yg pnting nnt, kita jgn jd senior yg dibncila. jd friendly suda, xd org nk sakit hati. hehe

keroro gouro said...

encik ji : zaman skrg zaman org tunjuk kuasa.. haha :)

.izzati liyana. said...

betul la. hubungan senior junior selalu sebab takut. bukan hormat. tapi kalau dengan guru-guru pon sama. saya ade je jumpa cikgu yg menakutkan. tak hormat sebab marah. hormat lagi penting dari takut.

saya pun mcm cik keroro. kalau dia tak reti hormat saya, xpyh la mharap nak sy hormat dia pulak.