Sunday 6 January 2013

toyol

as salam

sekarang musim final exam di kebanyakan IPTA. xterkecuali aku pun turut terlibat. exam dengan toyol xdapat dipisahkan. kenal toyol x? toyol sangat femes di kalangan student2 baik di sekolah mahupun di universiti. apa itu toyol?

toyol adalah sejenis penipuan di dalam exam. bawak nota curik2 masuk dalam exam la gitu. sapa xkenal toyol memang dia bukan student yang sebenar2nya. hahaha tapi AWAS!! toyol yang aku tengah dok cerita nie bukan toyol yang dok hisap ibu jari kaki tue. bukan.. 

disebabkan dah malam, aku malas nak masukkan gambar toyol. haha


petang tadi lepas habis exam, aku pon dok melepak2 di bilik sorang kawan aku nie (gaya macam dah habis exam). ntah macam mana terbukak la cerita pasal toyol mentoyol nie. rupanya kawan aku nie dah lama bela toyol dalam dewan peperiksaan. macam mana dia bela toyol? dia tulis nota kat tangan la, bawak henpon la masuk dewan.. tapi kira bertuah jugak la sebab xpernah kantoi lagi. melalui penceritaan beliau, rupanya dah lama beliau buat kerja2 macam nie. sejak zaman spm lagi sampai lah zaman sekarang iaitu final year kat u. ish3

teknik yang bagus! tp still aku xberani


aku sebenarnya kagum jugak kat dorang2 suma nie. haha berani gila bela toyol! aku xberani. sebab aku pernah terbaca 1 artikel nie, kita dapat kerja berdasarkan result kita kan. kalau dah dari zaman sekolah lagi kita meniru dan sikap tue terbawak2 ke alam u, maknanya nanti pekerjaan yang kita dapat adalah daripada hasil penipuan kita. mana nak datang keberkataan tue kan. aku xnak rezeki yang aku dapat selama nie hasil penipuan. jadik darah daging kan. lagipun daripada bela toyol, baik aku study betul2. at least, aku puas hati. tue semua hasil usaha aku. walaupun xdapat banyak. hahaha padanla usaha dengan hasilnya.

k selamat study kawan2 semua :P

wassalam :)

4 comments:

Encik JI said...

stkt 2 paper ni, toyol xmsuk lg la. haha.

KG said...

kiranya sblm nie en ji penah bela toyol dlm exam la ye

leeloo3173 said...

O_O bawak encet pastu xde sapa nmpk dia nengok? wah!!! pro nmpk~

KG said...

hebat kn? aku nak try tp aku tkot..hahaha