Sunday, 25 May 2014

perempuan cepat melatah

as salam

rasa berbahang sangat hari nie bila diserang tanpa persediaan. aku ingat benda nie dah settle minggu lepas. tak sangka pulak mak Mahmud nie nak mai cari pasal ngan aku. dah la mai lewat. duk nak ajaq-ajaq aku pulak. cis. ini menimbulkan kemarahan. kisahnya pasal hari khamis minggu lepas la. ada budak baling lego kena mata anak dia. pi tanya aku. aku cakap la aku tak tau sebab aku tak tengok pun kejadian tue. lagipun aku tengok si Mahmud nie duk main dengan riang gembiranya ja. takdak pulak macam sakit apa ka. so dia suruh la aku panggil teacher si Mahmud nie. aku pun pi la panggil. teacher si Mahmud nie pun dah mintak maaf la kat parents si Mahmud yang suka meroyan nie.

tup-tup mai hari nie duk torture aku pulak. kata anak dia trauma tak mau mai sekolah. pastu duk bangkit isu cara aku cakap dengan dia minggu lepas. kata cara aku cakap tak betul. sepatutnya begini dan begitu. aku bajet nak lawan ja kata-kata dia tue. tapi aku taknak letak diri aku setaraf dengan dia. cepat melatah. hahaha . so dengan penuh berhikmahnya aku cakap la " mintak maaf ya puan, apa-apa hal sila rujuk dengan Puan Principal ya. saya teacher biasa ja kat sini.." aku malas nak layan perempuan yang suka meroyan nie. orang lain pun mengandung jugak tapi tak dak la macam hang nie. aku tengok si Mahmud nie duk teriak-teriak takmau masuk sambil peluk ayah dia. aku dengaq mak dia kata " u dun want to school here?" si Mahmud nie geleng-geleng kepala tanda tak sudi. so aku pun blah la sebab aku tak sudi nak layan mereka tiga beranak. ramai lagi budak-budak yang masih memerlukan perhatian serta kasih sayang dari aku. hohoho

tidak lama kemudian, puan principal tepon aku. kata ayah si Mahmud nie tepon dia duk mengamuk. ayah Mahmud kata teacher awak nie (aku la tue) teruk betul. bukannya nak jemput anak saya kat depan pintu nie. ceh anak hang mai lambat. aku dah start kelas dah. dah la bini hang mai serang aku. tak lalu aku nak jemput anak hang masuk. dah mai lambat, pandai-pandai la masuk sendiri. ayah Mahmud nie siap kata I DONT WANT TO SEE TEACHER ATUN AGAIN! ala nak suruh puan principal pecat aku la tue. tapi puan principal tak pecat aku pun. puan principal kata buat apa la aku nak buang teacher yang bagus. baik aku buang budak, budak lain ramai lagi nak masuk tadika nie. setakat anak dia sorang tue, tak rugi apa pun aih. hahaha sejuk sikit hati aku mendengarnya.

Mahmud bukan nama sebenaq.
wassalam :)

2 comments:

Lee Ryan said...

wohohohohohho!!! bravo teacher atun!!! hehehehhehe bajet btol parents mahmud tu ek ckp inggelish~

KG said...

kadang rasa nak bagi cadangan suruh dia bukak tadika sendiri je.. hoho