Monday 5 March 2012

diskriminasi terhadap golongan kidal!

assalamualaikum...

apa itu kidal? kidal adalah seseorang yang cenderung menggunakan tangan kiri dalam kehidupan sehariannya. contoh terdekat adalah aku la.. aku tak malu nak mengaku aku nie kidal. ye lah kan, orang kata, orang kidal nie  cam pengotor sikit la kan sebab tangan yang digunakan untuk membasuh berak kencing telah digunakan untuk menulis pulak.. tapi kan, ada ke orang yang bila buang air besar atau kecil, dia basuh tak guna sabun? bila dah guna sabun, dah bersih dan wangi lah tue kan? hehe

ya saya seorang kidal!


nie sebenarnya luahan hati seorang minah kidal..

bukan kehendak aku nak menjadi seorang kidal. kidal datang tanpa dipaksa. dalam keluarga aku, hanya aku dan adik aku yang paling kecil sekali ja yang kidal ( tue pun sebab aku yang asuh dia jadi seorang kidal. hahaha takkan nak aku sorang ja yang jadi kidal dalam family aku? :P ) . kidal bukan disebabkan keturunan. kes terpencil la katakan.disebabkan kidal nie kes terpencil dan hanya dikuasai oleh golongan minoriti saja, jadi aku rasa jadi seorang kidal nie kira hebat la jugak kan?

banyak sebenarnya benda-benda dalam dunia nie dibuat untuk orang kanan tanpa memikirkan perasaan orang kidal macam aku. contoh terdekat di sekeliling aku adalah kerusi di dalam bilik kuliah.

nampak tak kerusi2 tue?

nampak tak meja yang terlekat atas kerusi tue? tempat letak tangan adalah di sebelah kiri! dan orang kidal macam aku perlu menulis tanpa dapat meletakkan tangan yang lenguh di atas meja. dah la kena mengiring sikit bila nak menulis. mana tak lenguh urat sendi segala macam. aku benci kerusi macam nie. tiba-tiba rindu meja kerusi masa sekolah dulu-dulu. takde diskriminasi.. huk3

lihatlah meja yang selesa ini..

besar, ada laci dan takde diskriminasi! dan yang penting, nak tido pon sedap. hehe
kenapa dekat universiti meja dia kecik? tak puas hati! nak meja macam budak sekolah jugak! huhu

lagi kan fakta mengenai orang kidal la kan, golongan nie sering mati dalam usia muda. sebab apa? sebab guna peralatan yang dikhaskan untuk golongan kanan la nie. mana tak mati cepat. haish. tapi sikit ja la yang ada kes macam tue. kami berusaha sedaya upaya agar dapat menguasai peralatan yang dicipta khas untuk golongan kanan nie. golongan kanan boleh ke buat macam tue? tak boleh kan? haha kelebihan untuk orang kidal <3

orang kidal juga sering dilabelkan buat kerja kelam kabut, lambat dan comot? ok bagi kes kelam kabut dan perlahan tue sebab kami dalam proses untuk menggunakan peralatan orang tangan kanan. faham-faham ja la bila sedang belajar sesuatu benda baru, lambat la sikit proses dia. yang kata comot tue pulak atas kejadian di mana buku latihan orang kidal nie tak putih bersih macam orang tangan kanan la. nak putih bersih macam mana kalau kami tulis dari kiri ke kanan. kompomlah tangan kiri yang sedang menulis tue ada di atas buku. macam mana tak comot? (ceh bunyi macam marah ja.. sebenarnya tak marah pon)

memang ada banyak masalah lain lah untuk individu kidal nie tapi macam tak larat nak tulis pulak.. hehe oh baru aku perasan, hari kidal sedunia jatuh pada 13 OGOS setiap tahun.. err perlu ke sambut?


I may be left handed
but, i'm always right..

wassalam :)

4 comments:

leeloo3173 said...

yew la....da tua bangka pown still blaja nk adaptasi bebarang kegunaan org tgn kanan kan...huahuahua
COMOTTT!

nk panggil ko atakmot la pasnie :D
terima kasih atas gelaran baru tersebut!!! hakhakhak

KG said...

ah..aku x mengiktiraf gelaran2 yg ang bg kt aku..

Unknown said...

samala aq pun kidal nak test guna tangan kanan x menjadi macam mana dah anugerah allah swt kita patut bersyukur kawan..

Anonymous said...

Byk mnde utk org tgn kanan. Disebabkan kelainan ini menyebabkan rsa hargai kepentingan menghormati org len