Sunday, 1 January 2012

jom berpolitik

aku pelik.. pasaipa aku pelik ? pelik dengan sikap sesetengah manusia. well hari nie aku nak story story pasal politik pulak. hehe politik la sangat kan. walaupun aku nie nampak macam tak ambik kesah pon pasal politik politik nie, tapi aku kesah la jugak kan ? politik nie kan salah satu cara hidup manusia. apa yang patut kita ambik tau adalah mengenai politik, sosial dan ekonomi.. tambah lagi, sains..

tengok! semua benda ingt politik..haish -_-!


okey sekarang nie kecoh la kan pasal adam adli bagai tue. bagi aku, yang jugak merupakan mahasiswa hidup nie ada aturan dan peraturan hidupnya. kalau belum sampai masanya, buat apa kita nak buat jugak kan? sesuatu benda tue akan menjadi manis dan lebih berkesan kalau dibuat mengikut masanya. aku tak memilih seseorang pemimpin tue berdasarkan parti yang dinaunginya tapi berdasarkan ciri ciri kepimpinan yang ada pada dirinya. apa yang sesebuah parti tue boleh bagi kat rakyat ? tapi kalau seseorang pemimpin tue berkarisma dan berkeyakinan tinggi, baru lah boleh dipercayai.

awat la tahan I.S.A? ISA tue nama dedi i tau!! letak la tahanan  RAZAK ka, tahanan  FASHA ka..huhu


memang la kan aku tengok ramai ja mahasiswa mahasiswi kita sokong tindakan perhimpunan bagai tue. tapi, budak budak yang berhimpun bagai tue tak pikir ke perasaan ayah dan ibu mereka yang penat penat dan bersusah payah menghantar anak ke universiti dengan harapan anaknya dapat belajar dengan tenang dan aman damai. tak rasa ke betapa luluhnya hati seorang ibu bila mengetahui anaknya ada yang kena tahan dalam lokap, ada yang terbaring koma di hospital, ada itu ada ini. ditambah lagi dengan sindiran sindiran jiran tetangga . stress ooo.

kalau dah memang nak sangat membela nasib rakyat, nak tuntut keadilan, apa kata aku bagi cadangan? nak tak? hehe mula mula kan belajar la sampai habis, bagi dapat dean list, cemerlang dan dikenali ramai and then masuk la politik :P pilih la mana mana parti yang nak join. lepas tue, boleh la daftar jadi calon mana mana kawasan. pada masa itu, mungkin anda dapat mengubahnya. dapat mengubah malaysiaku yang tercinta nie menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik seperti yang anda impikan?

aku bukan apa. sedih. sangat sedih.  sebab? tengok la di mana mana perhimpunan . yang ramai join tue adalah bangsa aku sendiri. aku tahu. kita mesti bersatu padu. tapi, untuk apa berperang kalau belum bersedia? tambah tambah mereka berkuasa, kita ? nak berperang, mesti ada senjata. err i mean, bukan senjata merbahaya macam pistol, senapang and bagai bagai lagi la. maksud senjata di sini adalah akal. :)

tgk pingu teringt seseorang. bentuk badan pon lebih kurang :P

okey lah apa apa pon, majulah Islam untuk negara :)
wassalam :)

Saturday, 31 December 2011

maju lah bahasa untuk negara

sepatutnya petang-petang yang hening ditambah dengan suasana yang sunyi sepi ni patut aku gunakan untuk study memandangkan final exam pun just around the corner. tapi apakan daya, aku masih tak sedar diri lagi. tak, aku dah study sikit pagi tadi :p orang kata, biar sikit, asalkan istiqamah. lama-lama habis la. hehe. aku tak tau dari pukul berapa aku ngadap laptop nie,  dan sedang asyik aku menyelongkar mukabuku aku yang semakin membosankan tue, aku terklik la satu link ke blog nie. dari blog nie ke blog lain dan ke lain dan seterusnya. dengan tidak disengajakan, aku pun terjumpa lah satu blog yang boleh dikatakan hangat jugak la tapi memandangkan aku yang lambat tau pasal nie, maknanya tak berapa hangat la kan sekarang nie. tapi dah alang-alang kan, nak jugak la aku luahkan apa yang tersirat dan tersurat.alkisahnya macam nie..

ye, aku tau dia hensem -_-

blog nie dimiliki oleh seorang perempuan yang baru saja buat blog. aku tengok pon ada satu entry ja, tapi entry beliau sangat hangat di pasaran sebab walaupun baru satu entry, tapi beliau dah berjaya mencari komen-komen yang beribu riban dalam 2ribu ++ jugak la. entry dia just cerita pasal kejelikan beliau terhadap artis-artis korea yang aku rasa memang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri la kan. aku pun minat jugak tengok cerita korea nie, tengok video klip dorang yang menari-nari bagai dan lagu-lagu yang iramanya agak menusuk kalbu, tapi tengok ja la. takda lah sampai fall in love dengan makhluk-makhluk tersebut. hehe orang kata besederhanalah dalam segala hal kan. lagipun, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. kan kan kan? okey berbalik pada cerita aku tadi, disebabkan entry dia yang biasa-biasa ja tue, maka, ramailah peminat-peminat artis-artis korea nie turun padang memaki hamun beliau. sampai ada yang ugut bunuh, nak toreh muka dia dan bagai lah. aku pun naik takut tengok komen-komen yang mendebarkan tue. psiko sungguh die hard fan kpop nie. tapi rupa-rupanya tuan punya blog tue adalah penyamar. dia curi gambar budak perempuan tue dalam mukabuku and then cipta satu identiti yang mengatakan bahawa budak perempuan tue la tuan punya blog tue. kesian, tak pasal-pasal kena maki hamun dan diugut sedangkan orang lain punya kerja, orang lain yang teruk. sebab tue la, banyak kesan buruknya kalau kita letak gambar dalam mukabuku dan approve kawan yang tak dikenali. AWAS! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA YANG SETERUSNYA...

tapi tapi tapi..saya rasa yang nie lagi ohsem ^_^

kes nie pun dah jadi kes polis pun, kesian budak perempuan tue, ketakutan dia. tapi kan..tapi kan.. dari apa yang aku tengok la, dari komen-komen yang memang tak menunjukkan langsung identiti sebagai seorang bangsa melayu yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaannya tue kan, rupa-rupanya ramai yang terdiri dari budak-budak umur 10-18..alahai, muda lagi, tapi brutal beb. siap boleh main ugut-ugut bunuh lagi. sebab apa..? pasal kpop la. remeh ja pon.

tapi kalau tengok la kan, tak kisah la lelaki ke perempuan ke, ramai yang macam dah terpengaruh dengan artis korea nie, rambut nak kaler-kaler, mata nak kaler-kaler. terpulang la kan. tapi, bagi aku lelaki melayu nie lagi hensem dari artis korea. fake ja yang banyak muka dorang tue, heh.. ingat takde ka artis melayu yang hensem..? adyputra..? aaron aziz..?



siapa bilang lelaki melayu tak hensem?
tak menarik hati?
tiada memikat.. ^_^v
wassalam :)

Saturday, 17 December 2011

annoying

kes nie terjadik pada waktu pagi yang hening lagi suci tadi..semalam aku tido awal, dlm kul 9 ++ la.. n then bila aku bgun pagi tadi bukak fb n tgk noty aku 34.. haha terkezut.. n bila check punya check rupanya aku punya kawan like komen2 lama aku.. hurm aku tau besa ja la kan kalau buat camtue.. kadang2 mungkin rasa seronok tapi kadang2 rasa sangat annoying bila bukak noty n tgk yg penuh tue adalah like2.. adoi.. kuciwa pon ada jugak.. haha

so, aku pun saja la tulis kat wall empunya orang tue kalau u like2 i punya komen lagi, i block u.. hurm sbnrnya aku ja kata macam tue..bkn nk block betui pon.. gpon aku bukan tau pon function block tuh.. just sgt annoying ok bila komen2 lama di like2 .. xkan yang tue pon nk sentap.. nak majuk.. aish mmg sorg yg xboley dibawak melawak langsung.. adakah lawak aku tue kasaq sangat..? betui la org kata, lain orang lain la perangainya.. adakah kata2 aku tue sangat menyentapkan..? bknnya aku tulis mcm tue nak suh dia merayu2 nak kawan ngn aku.. kadang2 mmg la kita rasa something tue sesuatu yg sangat menyeronokkan tp bg org lain sgt annoying ok..

bagi aku, benda2 mcm nie xpyh la nk besar2kan..sampai nk putus kawan bagai.. benda simple ja kot..

aish meluat betui aku ngn org yg cpt jauh hati nie.. malaas nk pujuk.. gpon bkn aku remove or block dia pon..

psss---> sejak akhir2 nie aku sikit stress.. aku tau xelok stress2 nie, so jgn la menambahkan ke stress an aku nie.. huhu




wassalam :)