Wednesday, 21 May 2014

teacher's day

as salam,

aku tak pernah bermimpi pun sebenarnya nak jadik seorang cikgu nie walaupun hanyalah cikgu tadika. kalau orang pandang mesti kata, "alah setakat cikgu tadika ja pon.. jaga budak-budak aja pun.. no hal lah.." cis hampa semua tak pernah rasa jadik cikgu tadika baik duk diam-diam.. hahaha

bagi aku setiap pekerjaan ada saat-saat relax dia, ada saat-saat genting dia, yang penting kita jangan duk pandang rendah kat pekerjaan orang sudah la.. mentang-mentang kita keja bawah ekon, sebelah mata pun kita tak pandang orang yang duk berjemuq tengah panas tu..

okey, aku tersesat jadik cikgu tadika nie pun disebabkan kawan aku. masa tu aku tengah tanam anggur kat rumah. penat aku hantaq resume merata tempat, tapi sekoq pun tak rasa nak balas. cis. kawan aku ni dah kerja dah kat tadika tu as a teacher. tadika tu baru bukak. so tak kompom lagi bapa orang student. tengok-tengok teramai pulak student. so depa mintak la kawan aku ni ajak la sapa-sapa mai jadi assistant teacher sat selama sebulan. sebab dah ada orang mintak kerja dah kat situ, cuma dia boleh kerja bulan yang berikutnya. aku pun apa lagi, dari duk rumah buat taik mata, baik aku pi jadik babysitter kat tadika tu.

hari pertama aku kerja merupakan hari kedua sesi persekolahan. minggu first memang mengharu birukan. budak-budak asyik nangis je. dapat teacher comel pun nak nangis lagi. apa daa. masih lagi dalam mood orientasi. aku pun  belum tunjuk belang lagi. tayang muka innocent je. hihihi so bermulalah tugas aku pujuk budak-budak tue, bagi depa rasa macam tadika nie rumah kedua depa la. tarik perhatian depa, bagi kasih sayang, nak bagi depa tertarik nak mai sekolah...

tapi budak-budak kedah nie lain sungguh perangai.yang nangis tue, nangis la. yang lain tue buat tadika nie dah macam zoo. aku ingat depa takut la nak usik barang-barang mainan apa semua tapi hampeh. selagi ada benda boleh gigit, gigit la. serupa orang tak cukup makan. hish! yang mana duk tampal-tampal kat dinding tue habis kena koyak.. cis sungguh luar biasa sekali. ceo tadika kami kata pa? budak-budak nie cerdik sebenaqnya, tue yang perangai tak serupa orang tue. okey la, boleh la terima alasan tue. so aku pun bertahan la nak bagi sampai teacher's day. sebab aku nak kutip hadiah. hehehe.

sedaq tak sedaq maka sampailah hari yang ku tunggu-tunggu itu.. tak sangka ingat jugak budak-budak tue kat aku..hohohoho.. jap nak upload gambaq

seronok kutip hadiah
ada lagi hadiah. tapi malas dah nak tangkap gambaq. hoho. 

rasa macam nak cita lagi tapi.... nanti la aku sambung...

wassalam. ^____^




wassalam :)

Saturday, 17 August 2013

hati-hati bila menaiki bas ekspress

assalam

lama bebenor aku tak menulis dalam blog nie.. bukan tiada masa, tapi tiba-tiba ada penyakit M (malas) dan tak terasa nak tulis pape..eheh

ok sebenarnya aku nak cerita pasal sesuatu yang telah berlaku pada diriku dalam bulan puasa baru-baru ini. awal ramadhan la senang cerita.

setelah sekian lama berada di UKM menghabiskan sisa latihan ketenteraan (wah gitu..) aku pun nak balik la ke kampung. aku balik sesorang je takde sape teman. teksi pun taknak amek aku bawak ke hentian kajang. katanya nak pegi solat terawih.. ok la pakcik! nasib baik ada sorang hamba Allah sudi tumpangkan aku.. kawan setentera jugak.. eheh.. ketua aras bes la, ayah dia mai amek.. (motip..?)

bas yang dinaiki oleh penulis
maka bermulalah perjalanan aku dari kajang ke alor setar tanpa ditemani sesiapa. seorang diri (macam sebelum nie tak biasa..hahaha). harga tiket bas dah naik, harap maklum..! jadi, telah menjadi tabiat aku tiap kali naik bas balik kampung mesti la tido kan. ada la jugak aku terjaga bila bas berhenti ka apa ka. sebelum nie aku memang alert la kan. so nak dijadikan cerita, tengah aku sedap tido, aku dengaq macam pakcik bas tue jerit suruh turun. aku ingatkan dah sampai lah ke shahab perdana. time tue hujan lebat, dalam mamai-mamai, aku dengan tangkasnya angkat la bagasi aku yang beratnya hanya mampu dibayangkan oleh orang yang mengangkatnya. bas pun dah pergi. bila aku rasa macam dah sedaq dari mamai, aku pun tengok sekeliling. "tak macam shahab perdana pun." getus rasa hatiku. maka aku pun cuit la manusia yang turun bersamaku and tanya la, "nie kat mana nie?" "SP (sungai petani)."  ah sudah..

baru la aku nak belek jam. tengok baru pukul 3.30 pagi. huwaaaa.. manusia-manusia yang turun bersama aku dah pergi. diambil oleh keluarga atau naik teksi. tinggal aku seorang. pada pukul 3.30 pagi, hujan yang lebat, duduk seorang diri di tempat yang asing sangat menduga perasaan kewanitaan aku. aku pun telefon la abah aku. abah aku cakap tunggu kat situ, abah pi ambik. jarak dari rumah aku ke sungai petani tambah tolak sejam lebih jugak la. time tue aku rasa abah aku la hero aku..hukhuk terharu..!

dalam duk tunggu tue, habis jugak la yasin dua kali. hahaha bila dalam kesusahan baru nak ingat Allah. mungkin ini ujian Allah turunkan kat aku nak bagi ingat Dia..walaupun masa tue aku sepatutnya menangis, tapi ntah la, rasa macam nak gelak kat diri sendiri ja. hahaha macam mana la aku boleh tersalah turun bas.

k yang tue ja nak cerita.. 

wassalam,
KG

wassalam :)

Tuesday, 5 March 2013

sem baru

as salam..

alhamdulillah... sem baru dah lama start. sem nie merupakan sem terakhir aku sebagai seorang pelajar degree. eheh. so untuk sem terakhir nie aku akan menjalani latihan industri atau lebih glemer lagi dikenali sebagai praktikal. aku akan praktikal selama 4 bulan dan tempat praktikal yang telah menjadi pilihan aku adalah Jabatan Zakat Negeri Kedah.. daerah mana? tett mana boleh bagi tau..haha yang pasti daerah yang berdekatan dengan rumah aku la..

so far, sekarang nie dah masuk minggu ketiga aku berpraktikal di sini.. alhamdulillah, staf2 kat sini semua baik2..untung aku dapat berpraktikal di sini.. orang selalu cakap, kalau praktikal dekat gomen, keja xbanyak, tapi kat sini, banyak je kejanya.. maybe sebab sini ibu pejabat kot.. cumanya kalau praktikal kat sini xde elaun ler.. aku xkisah pon (sebenarnya kisah T_T) kalau xde elaun, asalkan dekat dengan rumah... boleh la nak save budget tue.. haha

disebabkan kedudukan aku minggu nie agak tersorok, boleh la aku on9 senyap2..ngehehe.. tempat asal aku terlalu terbuka.. nak main sudoku pun terpaksa sorok2..sedeyh :(

ok lah setakat sampai di sini saja aku corat coret... rindu bilikku di aras 3 blok M..



wassalam :)