Wednesday 22 February 2012

kau ku seru




aku baru saja habis baca novel kau ku seru nie.. novel nie novel seram.. ntah la sejak bila aku terminat nak baca novel seram2 nie.. aku baru pinjam kat kawan aku semalam. dan aku start baca semalam. dan aku terlupa kata aku baca pada waktu malam yang gelap lagi sunyi di saat semua orang sedang enak dibuai mimpi sambil ditemani air liur basi.. hahaha


disebabkan baca novel nie la semalam aku tidur tak tutup lampu.. ada ja bunyi2 hasil imaginasi aku.. aku tau tue semua adalh khayalan semata2 tapi nak buat macam mana dah aku nie spesis penakut lagi tidak berani.. so cepat2la aku habiskan baca novel nie sementara matahari masih muncul.. aku taknak baca malam2 dah.. huhu


kunci utama dalam novel nie adalah dendam.. disebabkan dendam serta cinta yang tak terbalas, Hasham sanggup bunuh wan zarina, suami serta anaknya. sebelum wan zarina mati, dia sempat melahirkan seorang bayi perempuan. hasyam tue pula dapat memiliki wan zarina selepas wan zarina tue mati. macam mana dia mampu memiliki wan zarina? minta tolong tok bomoh la. tok bomoh tue jampi apa ntah maka bangkitlah wan zarina tue. tapi bukan manusia la. hantu raya. tapi yang pelik, hantu raya nie boleh pulak melahirkan anaknya bersama Hasham ya. anaknya tue nama dia alif haikal (nama macam budak sekolah lama aku -_-!)


dalam novel nie dia asyik nak suruh aku bayang muka hantu tue ja.. rambut panjang tutup muka, mata merah menyala, ada gigi taring, kuku panjang runcing.. dan tanpa dipaksa2 aku pon terbayang2kan la muka huduh tue. dan akhirnya aku pulak yang takut.. huhuhu tapi takpa, orang kata kalau nak hilangkan imaginasi buruk2 nie kita kena tengok katun. bagi hilang stress.. hahaha


ok kembali kepada cerita novel nie. cerita tue tak tamat sampai situ ja. ianya berulang kembali kepada anak perempuan wan zarina nie. nama dia mishalinda. mishalinda nie asalnya kapel ngan ashraf, majikan dia la. tapi sebab nak hapuskan dendam hantu yang kononnya mak dia tue, dia pon kawen la dengan alif haikal nie. sebab hantu mak dia cakap nak hapuskan semua keturunan musuh dia. bila misha kawen dengan alif, dia tak jadi nak bunuh la sebab misha tue kan keturunan dia jugak kan. takkan la dia nak bunuh keturunan dia. tapi aku masih pelik lagi. macam mana hantu raya boleh melahirkan anak manusia nie? alif haikal tue anak hantu raya bersama hasham. gen manusia dengan hantu mana sama kan?ok kembali kepada cerita. ashraf yang kecewa tue pon telah membunuh misha yang tengah mengandung serta suaminya alif dan akhirnya membunuh dirinya.. tapi malangnya ada lagi sekor hantu iaitu hantu raya yang dibela hasham tue, dia sedang giat mencari waris tuannya. waris tuannya itu adalah anak yang sedang dikandung misha yang sempat diselamatkan. aku kompius. ada 1 hantu ka 2 hantu nie? hurm.. cerita tue pon tamat la kat situ..


ok aku tak pandai nak menceritakan balik apa yang aku baca.. haha tapi novel nie persis pontianak harum sundal malam la bagi aku.. saing2 tue jugak la cerita dia.. pasal pontianak..dendam..cinta yang tak kesampaian.. cuma dia olah sikit2.. bagi aku agak seram la jugak kan sebab penulis nie berjaya membawa aku masuk ke dalam novelnya dan buat aku takut nak pergi toilet semalam -__-!!




wassalam :)

2 comments:

leeloo3173 said...

HUH CITER TIPIKAL MELAYU...X ABES ABES KONFLIK YG SAMA...ANTOO X PANDAI MATI2...NGAHAHAHHAHAHA XBEST!!!

KG said...

biaq r...
aku rasa mcm bes ja..
hahaha