Wednesday, 21 May 2014

teacher's day

as salam,

aku tak pernah bermimpi pun sebenarnya nak jadik seorang cikgu nie walaupun hanyalah cikgu tadika. kalau orang pandang mesti kata, "alah setakat cikgu tadika ja pon.. jaga budak-budak aja pun.. no hal lah.." cis hampa semua tak pernah rasa jadik cikgu tadika baik duk diam-diam.. hahaha

bagi aku setiap pekerjaan ada saat-saat relax dia, ada saat-saat genting dia, yang penting kita jangan duk pandang rendah kat pekerjaan orang sudah la.. mentang-mentang kita keja bawah ekon, sebelah mata pun kita tak pandang orang yang duk berjemuq tengah panas tu..

okey, aku tersesat jadik cikgu tadika nie pun disebabkan kawan aku. masa tu aku tengah tanam anggur kat rumah. penat aku hantaq resume merata tempat, tapi sekoq pun tak rasa nak balas. cis. kawan aku ni dah kerja dah kat tadika tu as a teacher. tadika tu baru bukak. so tak kompom lagi bapa orang student. tengok-tengok teramai pulak student. so depa mintak la kawan aku ni ajak la sapa-sapa mai jadi assistant teacher sat selama sebulan. sebab dah ada orang mintak kerja dah kat situ, cuma dia boleh kerja bulan yang berikutnya. aku pun apa lagi, dari duk rumah buat taik mata, baik aku pi jadik babysitter kat tadika tu.

hari pertama aku kerja merupakan hari kedua sesi persekolahan. minggu first memang mengharu birukan. budak-budak asyik nangis je. dapat teacher comel pun nak nangis lagi. apa daa. masih lagi dalam mood orientasi. aku pun  belum tunjuk belang lagi. tayang muka innocent je. hihihi so bermulalah tugas aku pujuk budak-budak tue, bagi depa rasa macam tadika nie rumah kedua depa la. tarik perhatian depa, bagi kasih sayang, nak bagi depa tertarik nak mai sekolah...

tapi budak-budak kedah nie lain sungguh perangai.yang nangis tue, nangis la. yang lain tue buat tadika nie dah macam zoo. aku ingat depa takut la nak usik barang-barang mainan apa semua tapi hampeh. selagi ada benda boleh gigit, gigit la. serupa orang tak cukup makan. hish! yang mana duk tampal-tampal kat dinding tue habis kena koyak.. cis sungguh luar biasa sekali. ceo tadika kami kata pa? budak-budak nie cerdik sebenaqnya, tue yang perangai tak serupa orang tue. okey la, boleh la terima alasan tue. so aku pun bertahan la nak bagi sampai teacher's day. sebab aku nak kutip hadiah. hehehe.

sedaq tak sedaq maka sampailah hari yang ku tunggu-tunggu itu.. tak sangka ingat jugak budak-budak tue kat aku..hohohoho.. jap nak upload gambaq

seronok kutip hadiah
ada lagi hadiah. tapi malas dah nak tangkap gambaq. hoho. 

rasa macam nak cita lagi tapi.... nanti la aku sambung...

wassalam. ^____^




wassalam :)

1 comment:

missmuss said...

untung la ada hadiah...siap ada makanan lg tu...hehehehe