Friday, 17 June 2011

simptom sebelum exam

dengan nama Allah

aku heran betol la dengan diri aku nie...asal nak exam ja, mesti simptom-simptom nie akan muncul tanpa diundang. antara simptom2 tersebut adalah seperti di bawah nie :)


1. nengok citer korea yang dah lama dicopy paste dalam laptop tapi belum ditengok2 lagi....bila free tak terasa nak tengok..tapi bila nak dekat2 exam, tiba2 muncul semangat yang membara untuk menghabiskan 20 episod drama korea dalam masa sehari....muahahaha ( aku try menghalang aktiviti nie dengan men 'delete' kan suma citer korea dalam laptop aku...takpa2 lepas exam, aku gi carik sponsor2 citer korea nie untuk aku copy paste balik...


2. main game budak2 macam plant and zombie, super mario...pergh aku dah lama tak main games...tiba2 dekat nak exam, bila aku terasa nak baca buku, games2 tue pon memanggil2 aku..."mai la keroro..cepat main la games nie...best..boleh release tension.." and guest wats..? aku terpedaya dan terus addict main games sampai aku tak sedar pagi ke petang nie..? siang ke malam nie..? (belum ada kekuatan untuk delete games2 nie sebab...sayang lorh )


3. baca novel cintan cintun. yang nie lagi satu hobi aku...minat membaca novel nie tak begitu ketara la sebelum exam tapi dekat2 nak exam saja...pergh!!! banyak pulak novel menarik tertawan yang aku jumpa kat bilik kawan2 aku... dan tanpa disuruh2 terus aku merajinkan diri meminjam novel2 tersebut...selagi novel tue tak abes aku baca, jangan harap aku nak tido...huhu aku boleh baca satu novel yang tebal2 dalam masa satu hari...haha ( cara aku nak menghalang minat yang memang dah sebati dalam diri aku nie adalah dengan mengurangkan perjalanan ke bilik kawan2 aku yang ada novel...senang citer, pura2 tak tau la novel best apa yang dia ada supaya aku dapat study dengan tekun )

aku rasa suma student akan mengalami simptom2 macam aku...so jangan terkejut la kalau result exam pon macam tak bapa best ja kan....haha

tak boley tak boley....kita kena berusaha untuk mengubah diri kita nie....mungkin sekarang tak elok kan sebab kita lalai kan...tapi nasib kita, masa depan kita kan ditentukan oleh diri kita sendiri...

mungkin sekarang tak elok, mana tahu kemudian boleh dapat dekan kan..? (aku sedang berangan2 mendapat dekan )

p/s : macam mana pulak dengan anda..? :)
wassalam :)

Tuesday, 14 June 2011

andai aku seorang gengster

dengan nama allah

orang selalu kata muka aku nie muka baik, skema and innocent.. dorang cakap tak mungkin aku akan buat jahat...haha

tapi kan kalau lah satu hari nanti aku melakukan sesuatu yang maha dasyat, contohnya aku jadik gengster ke (walaupun aku tak suka aksi2 yang ganas), minah rempit ke (walaupun aku tak pernah menaikkan kedua2 tayar motor time bawak motor tue), apa2 ja lah kan yang ganas2 and brutal, apa perasaan dorang hah kalau tengok aku macam tue..? mesti terkejut tahap durian kan..? haha lawak ja...aku takmau la jadik jahat tapi kalau nakal skit2 tue nak buat macam mana kan...

persoalan aku kat sinilah kan, kalau muka seseorang itu baik, dia tak pernah buat jahat kah..?

macam mana pulak kalau muka seseorang tue nampak jahat dan ganas..? dia selalu buat jahatkah..? tak pernah buat baikkah..?

tak semestinya kan..?

masyarakat lani suka sangat menilai seseorang tue melalui luarannya...

aku banyak mengalami situasi yang macam nie, yang mana aku tengok seseorang tue garang dan mungkin jahat kot, tapi bila lama2 aku kawan dengan dia, aku rasa baik pulak...hehe tue la orang bilang, tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal, jadik rapat pulak...toing..toing..toing...

so, aku nak gitau kat sini lah, kita tak boleh nak pandang luaran seseorang tue saja, kita kena la kenal hati budinya...tapi jangan risau, walaupun muka aku nie nampak baik, tapi hati aku pon baik jugak...toing..toing..toing... :)
wassalam :)

Saturday, 11 June 2011

organisasi rahsia

dengan nama Allah

kesian kat aku..tenet masih lagi tak mau sihat macam dolu2...

korang semua penah ter join tak mana2 organisasi rahsia kat tempat korang..? aku penah...sebenarnya aku terpedaya dengan promoter2 yang nak aku join organisasi nie kan...depa carik target2 yang bermata duitan macam aku nie...nasihat aku, janganlah sesekali gelap mata apabila anda mendengar anda akan memperolehi wang yang banyak apabila menyertai satu2 organisasi tue...

aku bukan saja2 nak nasihat nie tapi nie suma berdasarkan pengalaman hidup aku yang tak berapa nak best nie..

1st time aku diajak join organisasi nie masa minggu mesra pelajar...depa kata tiap kali aku pi 'meeting' , aku akan dapat la sekian2 duit kan...so aku yang gelap mata nie pon join la...konon2 nak mencabar diri aku. kadang2 aku suka jugak join benda2 yang mencabar nie....tapi akhirnya aku terpaksa berputih mata apabila duit yang dijanjikan akan menjadi milik aku sepenuhnya itu terpaksa dipotong2 untuk belanja2 lain2nya....sedih kan..?

bukan aku kata, katon tue yg kata...hehe


cuba bayangkan andai kata anda mendapat rm1000 (pendapatan kasar la nie) tapi duit tersebut terpaksa ditolak dan pendapatan bersih anda cuma lebih kurang rm300 la kan...contoh ja la nie...apa perasaan anda..?

aku tak rasa apa2 pon....(aku sedang menipu diri sendiri)

perkara2 seperti ini tak pernah diberitahu oleh promoter2 yang duk promote kat aku...aku tak sangka di sebalik keseronokan aku nak dapat duit rupanya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya...

tapi kini, aku tak mampu nak menarik diri dari organisasi nie sebab ... ada la sebabnya kan.. dah banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang aku habiskan walaupon aku sedar diri la yang sebenarnya tak dak la banyak mana sangat tenaga yang aku keluarkan tue...hehe

kawan2 seorganisasi rahsia aku nie pon aku dah rasa rapat2 dah...so ini suma menghalang aku dari terus melenyapkan diri aku dari organisasi rahsia nie...huu aku sedeh nie..:(

aku amat sedih sekali bila mengenangkan yang pada masa akan datang aku terpaksa pulak mempromosikan organisasi rahsia aku nie kepada budak2 yang innocent macam aku...

nampaknya depa terpaksa lah rasa menyesal macam yang aku alami sekarang nie....hahaha (gelak jahat)

p/s : sila jangan tanya aku apa itu organisasi rahsia...kihkihkih
wassalam :)