Sunday, 15 January 2012

suri rumah berijazah

assalamualaikum..

aku pelik dengan kawan-kawan aku nie. tiap kali aku cakap yang aku nak jadi suri rumah lepas habis belajar, semua gelak. disangka aku buat lawak. sampai ada yang tersembur-sembur air yang diminum. aku rasa mulia jugak cita-cita aku nie. bukan apa, aku rasa ramai wanita zaman sekarang nie asyik mengejar kemewahan hidup ja. takda sapa yang nak jadi suri rumah sepenuh masa macam aku. selalu yang aku dengar, ala kalau nak jadi suri rumah, buat apa belajar tinggi-tinggi? nanti ptptn sapa nak bayar...?


ok aku ada jawapan untuk semua persoalan yang membelenggu anda-anda semua tue. cewah. tapi jawapan dia ikut logik akal aku la kan. hahaha . ok soalan buat apa belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi suri rumah. aku nak jadi seorang suri rumah yang berpengetahuan. sebab bagi aku, pendidikan semuanya bermula dari rumah kan. budak-budak tau mengaji, membaca, mengeja, semua tue dari rumah kan. memang la sekolah ada. tempat orang menuntut ilmu. tapi bayangkan. dekat sekolah tue, ada berapa ribu riban murid-murid yang perlu diajar. ramai. jadi, kadang-kadang, ada jugak anak-anak yang tercicir dan mungkin kurang diajar? kalau dekat rumah, boleh bagi lebih sikit perhatian. hehe takda la istilah bila anak tanya, mak, soalan nie macam mana nak kira nie, adik tak tau la.. mak pun menjawab..ish mak pun tak tau lah. dulu mak mengaji bukan tinggi sangat. takat-takat atas urat ja.


ha, tue la kegunaannya seorang suri rumah yang berijazah. hahaha lagi kan, tugas seorang suri rumah nie sangat mulia tau. ingat suri rumah nie duduk rumah goyang kaki tangan saja ka? kalau nak tau, lagi penat dari suami yang kerja pejabat tue. dan bayangkan kalau perempuan bekerja, bila balik masih kena buat kerja rumah juga kan? dan penatnya pun berganda-ganda jugak la.. jadi, baik pilih buat satu kerja ja. sekurang-kurangnya ada jugak la masa untuk berehat kan. lain la kalau ada someone yang nak tolong buat kerja rumah :)


ok dah la. tak suka la tengok karangan aku panjang-panjang. masuk soalan yang kedua pulak. sapa yang nak bayar ptptn aku yang dekat-dekat rm20 k jugak la nie. hurm siapa ya? siapa orang yang paling sesuai bayar untuk aku? aku kan nak jadik suri rumah sepenuh masa. semestilah suami yang tersayang yang bayar ptptn aku. indahnya dunia kan. bila dia dah melafazkan ijab dan qabul terhadap aku, segala tanggungjawab diri aku, mesti la dia yang tanggung kan? tapi jangan risau sebab aku akan sentiasa berada di sisinya untuk memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi.  :)


tapi kadang-kadang hidup tak seindah yang disangka. walaupun anda menjadi suri rumah sepenuh masa, pastikan anda juga menjadi menteri kewangan di rumah anda. sebab, kajian ada mengatakan yang wanita lebih pandai menjaga wnag berbanding lelaki. walaupun wanita suka berbelanja dengan banyak tapi apa yang dia belanja tue adalah keperluan. berbanding dengan lelaki yang lebih suka menghabiskan duit untuk perkara yang menjadi kegemarannya. bukan keperluan. 

wassalam :)

Friday, 13 January 2012

menarik rambut keluar dari longkang

assalamualaikum.

selalunya tiap kali kita mandi, selalunya dekat shower tue kan, sebab kat kolej aku tempat mandi dia shower ja. makhluk makhluk yang pelik ja suka mandi dalam jamban... macam mana la mereka boleh mandi dalam jamban, tempat orang buang sisa toksik selepas seharian berhempas pulas menyimpan toksik dalam badan... ok taknak bayang sebab tak best pon.. memualkan..


sambung balik, kalau kita perhatikan la kan, dalam bilik shower tue ada lubang yang ada jaring tue kan, aku pun tak tau la nak panggil apa.. jap nak cari gambar..


fokus pd anak panah ok.. yg tue la yg aku nak cakap tp aku xtw nama dia...

yang dekat atas tue la, yang aku bulat dengan anak panah tue.  perasan tak, tiap kali mandi, kalau bagi asrama perempuan yang kebanyakannya berambut panjang , mesti dekat longkang tue ada lebihan-lebihan rambut yang keguguran.. kadang-kadang bila sampai turn kita nak mandi, mesti kita terfikir, nak tarik atau tak rambut nie, kalau tarik, geli.. jijik.. tapi kalau tak tarik, bila kita mandi, aliran air takkan dapat mengalir dengan sempurna sebab longkang dia dah tersekat dengan gumpalan-gumpalan rambut tadi. dan tempat shower tue akan bertakung.. lagi jijik..


jadi kesimpulannya, berpura-pura la buat amal jariah  tarik gumpalan-gumpalan rambut tue sebab taknak bagi air bertakung dan selesa nak mandi tanpa terpandang rambut yang berselirat.


maka bermulalah operasi menarik rambut dalam longkang. rambut jangan putus, tangan jangan geli. tarik..tarik..tarik.. entah bila nak habis.   tiba-tiba teringat satu magic yang badut dalam tv selalu buat. dia pegang topi panjang dia, dan tarik something dari dalam topi. kita pun berdebar-debar menanti apakah yang akan keluar dari dalam topi buruk dia tue. detik demi detik berlalu. mata pun tak terasa nak kenyit-kenyit demi melihat magic si badut itu . tiba-tiba. TADA!!! keluarlah kain-kain yang colourful..!!!


xjumpa badut nsem :(

jadi la keluar kain pun, dah itu ja yang mampu simpan dalam topi. hahahaha dan setelah selesai badut tue tarik kain-kain yang bersambung-sambung dari topi dia, penuh tempat tue dengan kain yang berwarna warni..

agak2 mcm nie la kot

cantik kan ? penantian kita untuk melihat bilakah kain-kain yang bersambung-sambung itu habis ditarik pun berakhir. bila melihat ruang di sekitar yang dipenuhi kain-kain yang berwarna warni, baru terperasan. banyak jugak kain yang boleh muat dalam topi kecik nie. -_-


dan kembali ke alam realiti.. di mana tiada badut dan kain yang berwarna warni. yang ada hanyalah diri kita yang baru nak mandi dan masih tersadai di tempat shower untuk menarik rambut gugur yang banyak. kelihatan  dalam tangan  hanyalah gumpalan rambut-rambut yang jijik.. eeeii yark! bila dah buang rambut tue, boleh lah mandi dengan perasaan yang tenteram. ( aku try search google nak cari gambar rambut, tapi keluar gambar lain pulak. tak jadik la nak taruk gambar rambut )


hidup ini sesuatu yang menyeronokkan bukan?  Photobucket




psss---> entry lama sebenarnya. tapi tersadai dalam tempat simpanan. :P

wassalam :)

puan yang tak dikenali

assalamualaikum.

hari nie aku rancang dengan kawan aku nak pergi ambik baucer rm200 dekat fakulti sebab hari nie hari last ambik baucer tue. hajat hati nak beli novel. hahaha  sebab aku rasa kan selama nie, aku beli buku tak sampai pon rm200 tue.. aku fotostat ja sebab murah kan. standard la aku sebagai pelajar yang mengharapkan ptptn ja nie.. tak payah la nak citer pasal cetak-cetak rompak dan hak cipta dekat aku sebab kan, ramai ja yang buat macam tue.. aku tak ingat lec aku yang bagitau ka atau aku yang terbaca kat buku ntah, yang mengatakan sebenarnya pihak penerbitan akan mengeluarkan buku yang hanya menelan kos paling maximum adalah sebanya rm20 sahaja untuk sebuah buku tebal yang rak tue. dan cer tengok berapa harga yang dia jual kat kita? mahal kan? cekik darah betul. hahaha tapi bagi orang-orang yang cintakan ilmu tue, apalah sangat duit tue nak dibandingkan dengan nilai sesuatu ilmu tue kan.. chewah
Photobucket



tadi hujan. tapi memandangkan hari nie hari last, aku dengan kawan aku tue redah ja la. lagipun lama jugak rasanya aku tak main hujan nie. haha ramai kembali ke zaman muda pulak. dah sampai fakulti, ambik baucer, kami pun balik la. dalam perjalanan balik tue, kami terserempak dengan junior. aku selalu nampak junior nie time makan dekat kafe kolej, kafe cancelory. tapi dia tak pernah tegur aku. dia tak kenal aku T_T nak dijadikan cerita, dia tegur kawan aku ja. mata dia pandang kawan aku ja.
Photobucket



saat tue baru aku tersedar dari lena yang panjang. sebelum nie aku tak rasa apa pun. tapi kan. tapi kan. sadis jugak rasanya bila junior tidak mengenali diriku ini. jadilah diriku puan yang tak dikenali.. hahahahaPhotobucket



sebenarnya kan ada bagus dan tak bagusnya jadi puan yang tak dikenali nie. acece ayat penyedap hati yang sedang gundah gulana. kebaikan yang aku dapat daripada pengalaman aku menjadi puan yang tak tak dikenali nie adalah, senior-senior aku tak kenal aku ( dengan senior aku bukan seorang puan ) dan bila mereka tak kenal aku, kesalahan yang aku buat secara sengaja ataupun tak sengaja tidak akan diperasan! mungkin disebabkan muka aku yang kelihatan baik dan innocent ja kan, dan mulutku yang kurang petah berkata-kata bila dihadapan orang ramai, telah menjadikan aku seseorang yang kehadirannya langsung tidak disedari T_T ok lah tue kan sebab aku nie spesis suka mengelat sikit. hehe itulah ciri-ciri orang yang tak dikenali. kalau dikenangkan la kan, aku pun bukannya kenal pun kebanyakkan senior-senior aku tue. mesti mereka pun mengalami perasaan seperti aku. wah sadisnya hidup kami :(
Photobucket


ketidakbaikannya pulak kan, kes dekat atas tadi la. sampai hati junior aku tak cam aku. walaupun time tue aku tengah jalan dengan geng-geng aku. walaupun time tue aku pakai baju rasmi. adakah aku tidak layak untuk dikenali? please.. tell me why? tapi. biarlah. biarlah aku terus jadi puan yang tak dikenali. -_-
Photobucket




wassalam :)