Sunday, 14 August 2011

orang islam tak boleh murtad

hurm 2 3 hari nie kecoh pasal JAIS gi serbu sebuah gereja yang kononnya membantu golongan golongan melarat dan pesakit HIV dan AIDS... dan golongan golongan tersebut dikatakan terdiri daripada umat islam sendiri... nak tau lebih lanjut, boleh lah baca kat sini ...

dan dikatakan lepas dapat bantuan kat situ, kebanyakan mereka murtad ..?

macam mana boleh jadi macam nie ..?

lemah sangat ker akidah umat islam zaman sekarang nie..?

senang senang ja nak murtad...

tunggu dulu.... kita tak boleh nak salahkan mubaligh mubaligh kristian tue 100 peratus...



ok aku nak kongsi satu citer nie... nak tau jugak apa pendapat korang...

dalam sebuah kampung nie, ada la sebuah keluarga yang beragama kristian yang miskin lagi melarat... keluarga nie jenuh dah gi mintak bantuan kat NGO kristian la, kat kawan kawan dorang yang beragama kristian la, tapi langsung tak mendapat perhatian pihak pihak yang terbabit.... malah dorang telah dihina, dicaci dan dimaki semaki makinya..

lalu, pada suatu hari, datang sebuah badan  NGO islam , tanpa mengira bangsa dan agama, terus ditolongnya keluarga tersebut.. diberi bantuan makanan, pakaian dan duit belanja untuk meneruskan hidup...

keluarga kristian tersebut pon terharu la.. tak sangka kan, dalam dunia nie, masih ada lagi yang care terhadap dorang...

tak lama selepas tue, maka bertukarlah mereka daripada agama asal mereka iaitu kristian kepada islam....

kenapa dorang tukar agama..?

kerana dorang terharu dan tertarik dengan ajaran islam yang berbuat baik terhadap agama lain ...

ok dah habis citer... nak sama tak dengan apa yang berlaku tue..?

lagipun...

akidah memang tidak memerlukan duit..tapi untuk menjaga akidah memang perlukan duit andai kata iman kita senipis bawang....

salam ramadhan yang ke 14 :)
wassalam :)

Saturday, 13 August 2011

aku suka cara pipah berfikir

________________________________________
assalamualaikum....
________________________________________


sedang asyik aku baca cerpen cerpen yang menarik kat penulisan2u tue, dengan tetiba, aku terklik satu cerpen yang aku rasa tajuknya besa besa ja la kan... tapi citer nya boleh tahan la... 

pasal suami nak kawen lagi or lebih tepat lagi dia nak pasang lagi satu la kan...

well poligami nie madu bagi lelaki, tapi maybe racun bagi perempuan..?


aku pon heran kenapa laki nie tak boleh setia pada yang satu hah ..?

dan kenapa perempuan mesti nak cepat melenting bila laki dia nak tambah cawangan lagi satu....

bak kata lec aku, suami nie just pinjaman jer...

so ikut suka dia la nak kawen bapa kan..

kita sebagai perempuan yang sopan tak patut marah marah..

kurang kurang boleh dapat payung emas kat syurga nanti... hehe

ok.. dalam citer tue, aku ada ter like satu part tue yang membuatkan aku sangat kagum dan kagum la kat perempuan tue...

part yang best...

bang ucop : pippy (nama manja isteri dia ) , abang ingat nak kawen lagi satu...

pipah : ooo, boleh..tapi kalau abang nak pippy sain surat kebenaran berpoligami, abang pon kena sain satu dokumen nie...

bang ucop : ok


tau tak dokumen apa yang pipah tue suruh laki dia sain..?

dokumen pindah milik rumah dorang yang sekarang nie la.. ada la rumah teres tiga tingkat kan... 

kurang kurang kalau terjadik apa apa lepas tue, misalnya laki dia nak ceraikan dia ka apa ka, at least ada la jugak backup kan...

aku suka cara pipah berfikir nie...

lelaki yang kawen lebih dari satu nie dikatakan hebat ker..?


lagipun, lelaki nie, time dia nak mintak kawen lagi satu, dia turutkan jer apa yang bini first dia mintak...

tue jer nak kongsi... 

notakaki : perempuan patut marah ker kalau suami dorang mintak nak kawen lagi satu..? apapon, aku suka cara pipah berfikir... hehe :)


wassalam :)

Monday, 8 August 2011

jangan bagi kena cahaya matahari


________________________________________
assalamualaikum..
____________________________________________


apa khabar semua..?

KHABAR BAIK....

sihat..?

SIHAT........

apa khabar iman anda..? semakin tebal ke semakin nipis..?

SEMAKIN NIPIS.........

err...tak patut.. tak patut...

okeh.. kembali kepada tajuk... hari nie daku teringat something yang aku terbaca dalam majalah mana ntah.. so daku pon terasa la nak sharing sharing kat sini kan... something yang daku terbaca tue adalah mengenai pesanan seorang ayah kepada anaknya tentang tips tips nak berjaya dalam perniagaan... mana lah tahu kan, kalau suatu hari nanti daku mahu jadik bisneswomen yang berjaya, aku boleh lah guna tips tips nie.. heh heh

tapi kan pesanan tue dalam bentuk dialog... so daku pon nak buat dalam bentuk dialog jugak la...

drama sebabak : pesanan ayah

pada waktu subuh yang hening lagi damai, seorang ayah yang sedang nazak memanggil kedua dua anak lelakinya untuk memberi wasiat terakhir...

ayah : anak anakku, marilah ke sini.. ayah nak bagitau something nie...

abang dan adik : apa dia ayah..?

ayah : ayah akan meninggalkan perniagaan perniagaan ayah kepada kamu berdua... jadi ingat lah pesanan ayah nie... pertama, bila kamu nak pergi kerja tue, jangan la bagi diri kamu terkena cahaya matahari.. kedua, jangan meminta hutang kepada orang... yang tue ja ayah nak pesan..ayah dah nak mati nie..selamat tinggal..(si ayah terus menghembuskan nafas yang terakhir setelah mengucap dua kalimah shahadah)

sekadar gambar hiasan yang dijumpai dalam google image..


setelah itu, kedua dua beradik itu pon mewarisi perniagaan ayah mereka..

beberapa bulan kemudian, ibu mereka pon tergerak hati untuk melihat anak anaknya... macam mana lah hidup mereka...

setelah melawat anak anaknya, maka, terkejut lah sang ibu.. kerana kehidupan kedua dua anaknya jauh berbeza... si abang terus mencapai kejayaan , manakala si adik pulak dihimpit kemiskinan sehingga tiada lagi modal untuk dibuat berniaga... maka, hairanlah sang ibu tersebut...

maka, bertanya lah ibu tersebut kepada anak anaknya..

ibu : cer citer skit, macam mana hidup korang berdua nie jauh berbeza..? sorang berjaya tak hengat.. sorang lagi pulak miskin dekat nak papa kedana dah...

adik : bu, nie suma, arwah ayah punya pasal lah nie... arwah kata jangan bagi kena matahari time nak gi kerja, so, adik pon terpaksa la naik teksi nak pi kerja... banyak duit kena kuar tue.. huhu pehtue, arwah kata jangan minta hutang kat orang.. oleh sebab adik ingat pesan ayah tue, adik bagi la dorang berhutang tapi adik tak pernah pon mintak hutang kat dorang... so, adik takdak modal la nak tingkatkan perniagaan adik nie... sob sob sob

ibu : macam mana pulak dengan abang ?

abang : bu, pesanan ayah yang pertama tue, ayah suruh jangan bagi terkena matahari, so, subuh subuh lagi, saya keluar la gi kerja...oleh sebab kedai saya yang paling awal dibuka, maka, ramailah pelanggan saya...
pesanan ayah yang kedua pulak, jangan minta hutang kat orang.. saya pon pikir, kalau saya tak dapat nak minta hutang, baik saya tak yah bagi hutang.. dengan itu, takdak lah saya rugi...

ibu : hurm, wasiat yang sama, tapi penilaian yang berlainan...

begitulah kisahnya... sekian...

notakaki : sapa sapa yang nak jadik bisnesmen/women, boleh la ikut tips nie.. hehe insyaallah boleh berjaya... :)


wassalam :)