Friday, 14 October 2011

sentuh dan pergi...?

>> as salam <<

selamat pagi semua..!!! sekarang, waktu aku tengah sibuk sibuk nak update post terbaru nie, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 AM... diulangi 4.30 AM...

apa yang pelik nie..?
ok.. 1st, aku belum tido lagi sejak aku terasa nak tido kul 12 tgh mlm td...WAAA..!!! nak tido..!!! nak tido..!!!

ok, abaikan ja masalah aku yang tak dapat nak tido gi nie... rasanya ramai siswa siswi yang dapat penyakit macam aku nie.. walaupun besok pagi kul 8 AM aku ada kelas kan... aku dapat rasakan aku akan ngantuk kaw kaw punya lah dalam kelas.. tak pon, aku terbabas tido sampai tak gi kelas T_T

ok masuk topik..!!

pernah naik bas tak..? kalau kat area area Bangi nie, banyak rapid KL ngan bas mini... kalau nak gi metro kajang ka, bagi yang tak mempunyai transport sendiri macam aku nie, terpaksa la guna pengangkutan awam yang disediakan nie..

dulu dulu, time aku baru masuk ukm nie, kalau nak naik rapid, boley ja bayar guna duit.. sekali naik singgit.. tapi sekarang..

"adik ada kad touch n go..? kalau xdak kad, tak leh naik bas.. "

"err.. takdak."

"nak buat kad kena rm10.. kalau tak nak, kena la naik bas mini.."

"ooo..ok.."

jadik terpaksa la aku topup kad touch n go tuh.. aku guna mykad ja.. mykad aku ada touch and go ^_^

tapi aku lebih suka cara lama.. bayar guna duit ja.. bukan apa, dulu, sebelum guna kad, rapid selalu datang ukm 30 minit sekali datang.. tapi sekarang, dah jadik sejam sekali datang... penat oo nak tunggu bas..

dah malas tunggu, naik bas mini la.. BAS MINI...??!! tak rela aku nak berhimpit himpit ngan mat mat bangla yang banyak bertandang kat bangi nie.. tiba tiba rasa macam duk kat bangladesh ja.. huhu

bagi aku, sejak penggunaan kad touch n go tue, perkhidmatan bas pon telah menjadik semakin kurang efisien.. sapa setuju, komen lepas abes baca nie erk..? hehe

ye lah, tak semua orang reti nak guna kad tue kan.. jadik, time makhluk makhluk yang tak reti nak guna kad nie atau pon baru 1st time guna kad nie mesti la terkial kial kan.. pehtue, terpaksa la pakcik drebar bas tolong.. and then, masa pon banyak la terbuang kat situ.. nie tak termasuk lagi sebelum naik, kena sentuh kad, nak turun, kena sentuh lagi. terbuang lagi masa yang berharga.. ingat, masa itu cemas..!

sepatutnya, pembaharuan yang dilakukan dapat mempercepatkan masa perjalanan..! nie semakin lambat pulak.. -_-''

kalau guna duit kan senang, macam dulu dulu.. nak naik, bayar, duduk. dah sampai destinasi, turun terus.. tak payah susah susah nak sentuh sana sentuh sini.. masa pun tak banyak yang terbuang kan..?

ok lah, aku pon tak terasa nak tulis panjang panjang.. just nak luahkan ketidak puasan hati aku ja terhadap perkhidmatan pengangkutan awam nie..

keroro gouro : dengar kata pengguna malaysia mengalami  kerugian hampir rm1.054 juta setahun dan kad sentuh dan pergi nie dikenal pasti antara puncanya perkhidmatan pengangkutan awam kurang efisien.. 


wassalam :)

Thursday, 25 August 2011

lelaki patut bagi sokongan !

as salam...

perempuan : awak, silalah rasa puding saya ni. kali pertama buat. tak tau lah sedap ke tak.


lelaki : (sambil merasa puding tersebut ) tak sedap langsung..

perempuan (dalam hati)
kurang asam. penat penat aku masak, boleh kata tak sedap. tak reti nak hargai langsung. jangan harap aku nak masak kat ko lepas ni !


*************

bulan puasa ni, aku rasa ramai perempuan yang belajar masak kan. tak kisah la masak untuk juadah berbuka ke, atau dah mula bakar kuih atau kek untuk hari raya nanti ^_^ . bila memasak tu, kadang kadang menjadi, kadang kadang tak. jadi, sokongan moral dari orang sekeliling amat penting !

aku benci betul dengan lelaki macam kat atas tu. kenapa ? sebab beliau langsung tak reti nak hargai penat lelah perempuan tersebut. walaupun tak sedap, tak perlu lah berterus terang sangat. masih ada ayat lain yang aku rasa manis dan tidak menyakitkan hati.

contoh ayat lelaki yang menyedapkan hati :

lelaki : puding awak ni sedap. tapi kalau awak bla bla bla lagi sedap. lagipun ni kali pertama awak masak kan. not bad. ^_^

perempuan : ye ker ? hehe (dalam hati) aku berazam nak masak lebih sedap lepas ni !)


********

sebab apa perempuan zaman sekarang tak reti masak ?
soalan senang. bagi aku, sebab lelaki tak reti bagi sokongan. lelaki suka cakap ayat yang kejam kat perempuan. tak kisah lah lelaki tu ayah ke, abang ke, adik ke, kawan ke, pakwe ke, semua sama saja. haha sesuka hati aku ja nak salahkan lelaki. bukan apa. aku rasa ayat lelaki ni lebih berbisa daripada ayat perempuan. perempuan, bila bercakap, jarang menyakitkan hati orang. haha macam tipu ja -_-

puding yang sedap dan menjadi ^_^

entri tak berkaitan dengan orang yang masih hidup atau yang dah lama meniggal dunia. salam ramadhan yang ke 25 ^_^

keroro gouro : adik lelaki aku cakap puding karamel yang aku buat tak sedap dan ianya amat menyakitkan hati aku. cis, tak suruh makan pun T_T


wassalam :)

Wednesday, 24 August 2011

hormat dan takut. mana lebih penting ?

as salam..

senior : hei junior. ko takut kat aku tak ? (dengan muka bangga riak gila )

junior : ( dengan terketar ketar lutut ) ta..takutt kak.. 

tapi dalam hati junior...
ceh.. ko ingat ko hebat sangat sampai aku kena takut dengan ko.. kalau ko bukan senior aku, dah lama aku lempang lempang ko.. haha (gelak jahat)

tapi itu semua kata hati kecil yang lebih banyak suka memberontak dalam diam saja.

*************************

dialog yang aku reka tu mungkin pernah dialami oleh sesiapa saja kan yang sekarang ni mungkin berada dalam sesebuah organisasi. heh, jangan tipu la kalau kata tak ada.

mungkin dalam minggu mesra pelajar ? mungkin..

aku benci gila dengan senior yang macam tu. nak aku hormat ? boleh blah. kalau nak orang hormatkan awak, awak kena la belajar hormatkan orang dulu. ni, asyik duk gertak gertak orang ja nak bagi takut. memang la aku takut. dan semakin membenci anda. haha aku jujur. dan bagi aku, keadaan ni langsung tak bagus dalam satu satu hubungan. senior patutnya buat junior hormatkannya bukan takutkannya.

ada beza ka hormat dan takut ni ? 
mesti la ada. kalau tak dak, buat apa aku nak buat entri ni ..(-_-')

hormat tu bagi aku, bila aku mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang. bila aku pandang tinggi kat dia, mesti la aku nak layan dia baik baik kan. mesti la bila aku jumpa dia, aku gi salam dia, sembang sembang dengan dia. ajak dia gi shopping sekali dengan aku. haha ^_^

takut pulak pada pandanganaku ialah bila aku rasa aku tak selamat dengan dia. silap cakap akan mengundang padah. hoho benci gila aku dengan perasaan macam ni.

bagi aku, hormat tu lebih penting. sebab bila orang hormat kita, bermaksud kita ni disanjung tinggi. tak menyakitkan hati orang lain.

jadi kenapa mesti wujudkan perasaan takut kalau kita boleh terapkan rasa hormat ?

ingin terbang bebas tanpa dibelenggu rasa takut!

keroro gouro : tak sabar nak jadik senior sebab orang kata boleh buli junior 0_o




wassalam :)