Sunday 1 January 2012

jom berpolitik

aku pelik.. pasaipa aku pelik ? pelik dengan sikap sesetengah manusia. well hari nie aku nak story story pasal politik pulak. hehe politik la sangat kan. walaupun aku nie nampak macam tak ambik kesah pon pasal politik politik nie, tapi aku kesah la jugak kan ? politik nie kan salah satu cara hidup manusia. apa yang patut kita ambik tau adalah mengenai politik, sosial dan ekonomi.. tambah lagi, sains..

tengok! semua benda ingt politik..haish -_-!


okey sekarang nie kecoh la kan pasal adam adli bagai tue. bagi aku, yang jugak merupakan mahasiswa hidup nie ada aturan dan peraturan hidupnya. kalau belum sampai masanya, buat apa kita nak buat jugak kan? sesuatu benda tue akan menjadi manis dan lebih berkesan kalau dibuat mengikut masanya. aku tak memilih seseorang pemimpin tue berdasarkan parti yang dinaunginya tapi berdasarkan ciri ciri kepimpinan yang ada pada dirinya. apa yang sesebuah parti tue boleh bagi kat rakyat ? tapi kalau seseorang pemimpin tue berkarisma dan berkeyakinan tinggi, baru lah boleh dipercayai.

awat la tahan I.S.A? ISA tue nama dedi i tau!! letak la tahanan  RAZAK ka, tahanan  FASHA ka..huhu


memang la kan aku tengok ramai ja mahasiswa mahasiswi kita sokong tindakan perhimpunan bagai tue. tapi, budak budak yang berhimpun bagai tue tak pikir ke perasaan ayah dan ibu mereka yang penat penat dan bersusah payah menghantar anak ke universiti dengan harapan anaknya dapat belajar dengan tenang dan aman damai. tak rasa ke betapa luluhnya hati seorang ibu bila mengetahui anaknya ada yang kena tahan dalam lokap, ada yang terbaring koma di hospital, ada itu ada ini. ditambah lagi dengan sindiran sindiran jiran tetangga . stress ooo.

kalau dah memang nak sangat membela nasib rakyat, nak tuntut keadilan, apa kata aku bagi cadangan? nak tak? hehe mula mula kan belajar la sampai habis, bagi dapat dean list, cemerlang dan dikenali ramai and then masuk la politik :P pilih la mana mana parti yang nak join. lepas tue, boleh la daftar jadi calon mana mana kawasan. pada masa itu, mungkin anda dapat mengubahnya. dapat mengubah malaysiaku yang tercinta nie menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik seperti yang anda impikan?

aku bukan apa. sedih. sangat sedih.  sebab? tengok la di mana mana perhimpunan . yang ramai join tue adalah bangsa aku sendiri. aku tahu. kita mesti bersatu padu. tapi, untuk apa berperang kalau belum bersedia? tambah tambah mereka berkuasa, kita ? nak berperang, mesti ada senjata. err i mean, bukan senjata merbahaya macam pistol, senapang and bagai bagai lagi la. maksud senjata di sini adalah akal. :)

tgk pingu teringt seseorang. bentuk badan pon lebih kurang :P

okey lah apa apa pon, majulah Islam untuk negara :)
wassalam :)

5 comments:

leeloo3173 said...

hurm...comel pinguin tue...mesti seseorg yg diteringatkan tu pown comel gak kn...untung nya la jadi seseorg tue~

KG said...

xnpak ke kebulatan peguin tue..? hik3

leeloo3173 said...

bulat la comel....drpd sekeping ja cam papan kering ngehehehehe

KG said...

yela bulat tue comel..boley npak lemak2 tepu yg bergelimpangan di sana sini...hakhakhak :)

leeloo3173 said...

kojaq!