Saturday 11 June 2011

organisasi rahsia

dengan nama Allah

kesian kat aku..tenet masih lagi tak mau sihat macam dolu2...

korang semua penah ter join tak mana2 organisasi rahsia kat tempat korang..? aku penah...sebenarnya aku terpedaya dengan promoter2 yang nak aku join organisasi nie kan...depa carik target2 yang bermata duitan macam aku nie...nasihat aku, janganlah sesekali gelap mata apabila anda mendengar anda akan memperolehi wang yang banyak apabila menyertai satu2 organisasi tue...

aku bukan saja2 nak nasihat nie tapi nie suma berdasarkan pengalaman hidup aku yang tak berapa nak best nie..

1st time aku diajak join organisasi nie masa minggu mesra pelajar...depa kata tiap kali aku pi 'meeting' , aku akan dapat la sekian2 duit kan...so aku yang gelap mata nie pon join la...konon2 nak mencabar diri aku. kadang2 aku suka jugak join benda2 yang mencabar nie....tapi akhirnya aku terpaksa berputih mata apabila duit yang dijanjikan akan menjadi milik aku sepenuhnya itu terpaksa dipotong2 untuk belanja2 lain2nya....sedih kan..?

bukan aku kata, katon tue yg kata...hehe


cuba bayangkan andai kata anda mendapat rm1000 (pendapatan kasar la nie) tapi duit tersebut terpaksa ditolak dan pendapatan bersih anda cuma lebih kurang rm300 la kan...contoh ja la nie...apa perasaan anda..?

aku tak rasa apa2 pon....(aku sedang menipu diri sendiri)

perkara2 seperti ini tak pernah diberitahu oleh promoter2 yang duk promote kat aku...aku tak sangka di sebalik keseronokan aku nak dapat duit rupanya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya...

tapi kini, aku tak mampu nak menarik diri dari organisasi nie sebab ... ada la sebabnya kan.. dah banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang aku habiskan walaupon aku sedar diri la yang sebenarnya tak dak la banyak mana sangat tenaga yang aku keluarkan tue...hehe

kawan2 seorganisasi rahsia aku nie pon aku dah rasa rapat2 dah...so ini suma menghalang aku dari terus melenyapkan diri aku dari organisasi rahsia nie...huu aku sedeh nie..:(

aku amat sedih sekali bila mengenangkan yang pada masa akan datang aku terpaksa pulak mempromosikan organisasi rahsia aku nie kepada budak2 yang innocent macam aku...

nampaknya depa terpaksa lah rasa menyesal macam yang aku alami sekarang nie....hahaha (gelak jahat)

p/s : sila jangan tanya aku apa itu organisasi rahsia...kihkihkih
wassalam :)